Fizik Guna-guna di Universiti Sains Islam Malaysia

Saintis pada Zaman Pertengahan sering disalah tafsir sebagai ahli sihir lantaran kejahilan masyarakat Eropah pada era itu dalam bidang sains.

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik Gunaan | Bachelor of Science (Honour) Applied Physics | (الإجازة العالية في العلوم (الفيزياء التطبيقية adalah kursus Sarjana Muda yang ditawarkan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Bila digelar 'Kepujian', maknanya tempoh ijazah sarjana muda ditambah lagi 1 tahun untuk tesis dan perlu mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.00. Aku menjadi generasi ke-7 jurusan ini sejak diperkenalkan pada 2006.

Pada mulanya, kursus ini bukanlah pilihan utama sewaktu aku mengisi borang melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda usai Tamhidi (Asasi). Walaupun universiti memberi sedikit waktu kemudian untuk mengubah kursus yang ditawarkan ke kursus idaman dengan bayaran RM100, entah kenapa hati ini tidak tergerak untuk berbuat demikian. Hanya sewaktu hendak tamat kursus, barulah aku nampak hikmah aturan Tuhan ini.

Pada hari2 awal kemasukan iaitu pada September 2013, orientasi dijalankan oleh senior2 jurusan. Buat bakal rakan2 sekuliahku yang melanjutkan pelajaran dari Asasi/Matrikulasi/Diploma selain Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mereka akan menjalani orientasi yang lebih lama sedikit, sebab kena ronda2 seluruh kampus. Sementara yang lain dah merasa dulu sewaktu orientasi Tamhidi. Hehe... Teringat dalam 1 talk yang dijalankan, ada senior yang tersasul sebut jurusan Fizik Guna2; yang menjadi tajuk entry kali ini. Setelah itu, kami harus mengikuti program sokongan bahasa Arabic Language Support Programme & English Language Support Programme selama beberapa hari. Kamilah generasi yang paling ramai ambilan, hatta hingga kami bergraduasi pun tetap yang paling ramai; 70 orang. Pernah satu ketika ada seorang foreigner dari Libya menjadi rakan sekuliah, namun berpindah ke kursus lain setelah beberapa ketika menjalani Semester I. 3 rakan warganegara juga ikut berpindah keluar dari kursus dalam tempoh sama, namun tiada rakan baru yang berpindah masuk ke kursus ini.

Dipecahkan kepada 3 kelas tutorial, aku menjadi pelajar kelas Tutorial 2. Ada sejumlah kecil rakan yang berpindah2 kelas tutorial setiap semester. Entah macam mana pihak fakulti manage. Ini bukanlah kelas untuk jurusan minor, tetapi kelas split yang lebih kecil berbanding kuliah. Maknanya, kelas pembelajaran dan pembelajaran (pdp) di universiti terbahagi kepada 2, kuliah (70 orang) & kelas tutorial (23-25 orang).  Kelas jurusan minor hanya bermula pada Tahun 3. Maka, haruslah kita tentukan mahu mengambil minor apa pada akhir Tahun 2. Berikut merupakan jurusan minor dalam kursus Fizik Gunaan USIM (setakat 2016/2017):
  • Sains bahan
  • Mikroelektronik
  • Fotonik
Mengambil jurusan yang sudah bergenerasi amat memudahkan aku untuk menjalankan pdp. Berbanding rakan2 sebayaku di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) yang mana mereka menjadi senior dalam kursus yang diambil, hasil2 penulisan senior banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan, laporan, jurnal, bahkan tesis yang diberikan oleh pensyarah. Sepanjang pengajian, hanya beberapa kali kuliah dijalankan secara maya. Manakala mengenai tugasan maya, pensyarah aktif menggunakan laman web yang diberi nama Global Open Access Learning System (G.O.A.L.S.). Di situlah kami memuat naik tugasan dan memuat turun nota kuliah. Pengenalan sistem sebegini dalam pdp memudahkan pensyarah diaudit oleh agensi2 kerajaan dan senat universiti.

Kurikulum kursus Fizik Gunaan bukan berkaitan sains & matematik sahaja, malah melibatkan agama, bahasa, serta matapelajaran2 yang diambil oleh mana2 institusi pengajian tinggi seperti Tamadun Islam & Asia Tenggara, & Hubungan Etnik. Umum mengetahui bahawa mempelajari Fizik adalah sesuatu yang sukar untuk difahami kebanyakan orang. Malah, ada matapelajaran yang menerangkan hukum alam melalui kiraan matematik, tidak melalui bahasa percakapan yang mudah. Membuatkan aku seakan tak mengerti apa yang dipelajari. Tahu2 jer, lulus. Haha... Patutlah bagaimana saintis boleh meramal kejadian2 alam pada masa depan. Di sinilah peranan kalkulus/matematik tambahan digunapakai. Pensyarah Kalkulus ada menyatakan di dalam kuliah yang disusun melibatkan percampuran kursus, "Belajar kalkulus ni untuk bantu ahli Fizik mengira." Berbangga kejap aku sebagai budak Fizik dekat situ.

Secara ringkas, kalian akan mempelajari hukum2 alam yang berbeza berbanding semasa belajar di bangku sekolah seperti mekanik kuantum, teori kerelatifan Einstein, gelombang, serta cara mengira semua ini. Kenapa dikatakan berbeza? Hukum alam sewaktu belajar di sekolah hukum fizik yang dirumus pada Zaman Pertengahan, sesuai untuk mengira objek2 besar seperti halaju epal jatuh di atas kepala, atau pergerakan bola yang diswingkan. Manakala, hukum alam yang dipelajari dalam kursus ini dirumus oleh ilmuan2 Zaman Kolonial, sesuai untuk mengira pergerakan objek seni seperti atom. Boleh tonton filem Star Wars, Interstellar, Antman, dan The Theory of Everything untuk sekadar selami (ada part dalam filem yang hakikatnya mengarut) apa yang aku telaah dalam kelas.

Di sini, aku lebih memfokuskan bidang mikroelektronik bagi jurusan minor kursus memandangkan itu yang aku tuntut. Serba sedikit mengenai lagi 2 jurusan minor. Fotonik adalah kajian mengenai cahaya dan gelombang spektrum yang menjadi asas kepada pembentukan kanta, laser bagi kegunaan sensor, dan gentian kaca bagi laluan internet. Sains bahan pula tidaklah jauh berbeza seperti kimia; mengkaji sifat bahan yang gunanya bagi menentukan bahan yang termaju dalam pembuatan sesuatu objek (sivil), atau penggunaan teknologi nuklear yang memberi faedah dalam bidang perubatan. Dalam jurusan mikroelektronik kursus ini, kalian akan didedahkan tentang pembuatan cip elektronik, memanipulasi gelombang elektrik menerusi pintu logik yang berguna bagi pembentukan suis dan knob pelaras bunyi, dan bermain litar elektronik seperti sewaktu Kemahiran Hidup Bersepadu elektif Kemahiran Teknikal di sekolah menengah. Pengaturcaraan kejuruteraan seperti programmable logic circuit (PLC) tidak diajar kerana ini bukanlah jurusan elektronik. Sememangnya ada pembelajaran mengenai alam bahan dan pergerakan foton untuk menambahbaik penghasilan cip, namun tidak ditekankan kerana fokus sub-jurusan ini ialah untuk menghasilkan cip, bukan untuk membaiki peralatan elektrik/elektronik.

Memandangkan ini adalah jurusan sains, mestilah ada buat kajian di makmal kan? Kalau kursus kimia, semua mesti terbayang orang campur adukkan cecair sampai makmal berasap. Makmal orang kursus fizik macam mana? Boleh tengok lagu rasmi USIM pada minit 0:35 hingga 0:42. Ada ujikaji berkaitan cahaya, kelajuan, pasang2 komponen elektronik, dsb. Jangan risau, tak terbakar makmal. Ujikaji yang dijalankan menggunakan kuasa dari 5V ke 12V sahaja. Habis ujikaji, tulis dapatan kita di dalam laporan. Tak dapat bacaan? Ujikaji dibuat secara berkumpulan. Seandainya 1 kumpulan tidak dapat hasil, tiru laporan kumpulan lain. Berbeza dengan rakan2 di FKAB, pdp kami tidak banyak praktikal dijalankan; lebih tumpuan terhadap pembelajaran teori di dalam kuliah. Jadi, disyorkan untuk mengambil persijilan teknikal yang berkaitan sekiranya ingin menempuh bidang kejuruteraan semasa alam pekerjaan nanti.



PPKI. Kalau di sekolah merujuk kepada Program Pendidikan Khas Integrasi, tapi di USIM dirujuk sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah; badan yang mengendalikan aktiviti ko-kurikulum. Ko-kurikulum ini mempunyai credit hour seperti matapelajaran. Kebanyakan mahasiswa menjalaninya semasa Semester I melainkan bagi yang mengambil kadet/badan beruniform. PPKI kadet boleh menjangkau sehingga 6 semester. Yang bestnya, mereka akan dikurniakan pangkat yang mana jika mereka teruskan dalam alam pekerjaan, tidak perlu lagi bermula dari bawah. Sebagai contoh, kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES/ROTU). Di penghujung, mereka akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Tidak perlu lagi bermula sebagai prebet jika meyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nanti. Di universiti, aku memilih kelab al-Khitabah al-Arabiyyah (Debat Bahasa Arab) kerana aku ada pengalaman menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu di bangku sekolah. Hanya 2 credit hour yang bermaksud 2 jam setiap minggu, iaitu pada petang Rabu. Dalam kelab ini, aku belajar kalimah perdebatan seperti تفضل بالجلوس (silakan duduk), اسمح لي (maafkan saya), أنا أوافق (saya setuju), & banyak lagi. Format debat tetap sama seperti bahasa lain.

Kalau hendak dibandingkan dengan Tamhidi yang setahun padat, dekat degree ni baru aku dapat leisure time yang banyak. Akan ada lompong waktu antara 1 kuliah dengan kuliah yang lain. Kalau jaraknya <2 jam, boleh balik ke rumah sewa untuk tidur/makan/borak kosong/main video game. Ada hari yang ada 1-2 jer kuliah, ada  hari yang tiada langsung. Panjang tempoh kuliah ditentukan oleh credit hour yang akan menjadi pemberat dalam Purata Nilai Gred Semasa (PNGS). Kita skor dalam matapelajaran yang credit hournya 6 lebih memberi kesan terhadap PNGS berbanding skor dalam matapelajaran yang credit hournya 2. Di USIM, pelajar yang mencapai PNGS 3.5 akan dianugerahkan dekan. Malangnya bagi kursus aku, biasanya <5 orang yang mendapat anugerah itu setiap semester, lantaran sukar untuk skor dalam matapelajaran2 sains.

Hubungan antara batch jurusan dijalinkan. Oleh itu, beberapa program dianjurkan secara tahunan untuk tujuan ini. Yang pertama, sudah tentu orientasi. Yang kedua, Hari Keluarga. Macam dah kahwin pulak. Huhu... Biasanya Hari Keluarga dijayakan pada awal tahun perkuliahan bagi memberi masa kepada mahasiswa Tahun 4 untuk menjalankan kajian tesis. Mahasiswa Tahun 2 yang diamanahkan untuk menjayakan program ini akan menyewa sebuah tempat dan membuat aturcara. Memandangkan ini adalah program santai dan dianjurkan di luar kampus, alumni yang berkelapangan turut serta. Sepanjang masa pengajianku, tempat2 pelancongan menjadi pilihan penganjuran. Yang ketiga, penganjuran Applied Physics Seminar (APHYS) oleh mahasiswa Tahun 4. Tetamu jemputan dari luar akan memenuhi dewan kuliah bagi mendengar buah fikiran pakar2 sains tempatan mengenai teknologi serta kaitan dengan syariat. Yang keempat, Hari Sukan. Tercetusnya idea untuk melaksanakan sukaneka rentetan daripada terhadnya penglibatan mahasiswa dalam Sukan FST (SUFAST) dan Sukan Antara Fakulti (SUFA). Hari Sukan khusus buat mahasiswa Fizik Gunaan membolehkan lebih ramai daripada kami menyertai acara2 seperti bola sepak, bola tampar, tenis, dsb.

Family Day Applied Physics di sebuah tempat inap rekreasi di Gombak, Selangor.

APHYS 2016 anjuran batch gue. Membawakan tema Little Haitham.

Sukan Applied Physics (SUKAP) 1.0. Batch gue sempat merasa penganjuran kali ini jer.

Sebarang penganjuran yang ingin diadakan perlulah mendapatkan keizinan daripada pihak fakulti dengan membentangkan kertas kerja. Ini bagi membolehkan dana diperoleh selain dapat keizinan menggunakan kemudahan universiti seperti bas dan dewan kuliah. Ketiadaan persatuan rasmi dalam kalangan jurusan kami menyulitkan kami untuk menempuh birokrasi universiti. Oleh itu, batchku semasa Tahun 3 telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan 1 persatuan yang diberi nama Society of Applied Physics Representative (SAPPHIRE). Representative membawa makna 1 perwakilan dibentuk untuk membawa suara jurusan kepada pihak atasan. Mahasiswa Tahun 3 ditunjuk untuk menggalas jawatan dalam society ini.

Ada kawan lama yang berseloroh, budak2 USIM ni budak yang tak dapat fly ke Mesir. Di kampus, warga universiti sangat menitikberatkan biah solehah. Itulah sebab mengapa kami kelihatan sejuk mata memandang dan berkeperibadian luhur.  Kendatipun begitu, tidak bermakna waktu lapang yang ada kerjanya beribadat sentiasa. Kalau beraktiviti pun, join gerakan2 jemaah sahaja. Perlu difahami ibadat terbahagi kepada 2, umum & khusus. Bila dah petang, riadah. Bila barang dah habis, beli-belah. Rasa nak buat sesuatu? Masuk aktiviti kemasyarakatan bagi tambah pengalaman, atau join group2 seni/sukan/niaga bagi tambah skill. Perlukan hiburan? Tonton drama, main video game, atau melepak di luar. Universiti sendiri sudah mempunyai banyak persatuan seni yang bernaung bawah Pusat Kebudayaan yang boleh disertai selain kelab2 berasaskan fakulti, kolej kediaman, sukan, dan kenegaraan. Secara praktikal, tak banyak tempat menarik kalau hendak jalan2 di Nilai. Prospek2 hiburan sedang dalam pembinaan sewaktu aku menuntut. Jadi, kami akan pergi ke Bangi, Selangor atau Seremban, Negeri Sembilan. Kalau hendak ke Kuala Lumpur, boleh naik tren komuter stesen Nilai atau Batang Benar. Anda kerap naik tren? Rajin2 la usha pass tren untuk pelajar untuk penjimatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pun tak jauh dari sini.

Nilai, Negeri Sembilan adalah sebuah bandar yang dibanjiri oleh ramai mahasiswa. Bagi student USIM, ada 6-7 taman perumahan yang considered boleh diulang-alik ke kampus, dan semuanya dilalui bas universiti dan bas kerajaan negeri dengan kekerapan 1-2 kali setiap jam. Bagi yang tidak sabar menunggu di perhentian, boleh memohon pelekat kenderaan daripada Jabatan Keselamatan USIM untuk membawa kenderaan bermotor, atau menggunakan perkhidmatan prebet sapu yang masih aktif di bandar ini walau sudah memasuki era e-hailing. Bukan sebarangan kenderaan boleh senang2 melepasi pintu masuk kampus seperti di universiti lain. Kalau buat hal trafik di dalam kampus, boleh kena saman RM50 woo... Berikut adalah taman yang biasa mahasiswa USIM sewa rumah:
  • Taman Desa Anggerik. Bersempadan dengan kampus. Ke kampus berjalan kaki pun boleh.
  • Taman Desa Akasia & Taman Desa Jati. Banyak kedai makan. Menjadi kebiasaan warga kampus untuk makan tengah hari & malam di sini ekoran lokasinya yang dekat.
  • Sekitar Nilai Putra Point. Akses ke pusat bandar hanya dengan berjalan kaki/berbasikal.
  • Desa Casuarina, Desa Melati, & Desa Jati. Rumah sewa murah2 di sini.
  • Nilai Impian. Kolej kediaman universiti yang paling jauh.
Kolej kediaman milik universiti hanya boleh diduduki pada Tahun 1 sahaja, iaitu di Kolej Kediaman 1  (KK1) yang terletak di dalam kampus. Jika mahukan lagi selepas itu, hendaklah memohon rayuan. Selain KK1, terdapat juga kolej kediaman di Akasia, Jati, Indah, dan Nilai Impian. Biah di kolej2 ini digerakkan oleh Jawatankuasa Siswa (JAKSA). Mereka kerap mengadakan program2 keagamaan agar mahasiswa tidak terperap di dalam kediaman masing2. Mereka juga turut menguatkuasakan peraturan ikhtilat serta etika berpakaian. Walaubagaimanapun, berpurdah tidak dibenarkan, begitu juga berjubah bagi lelaki (di kampus). Waktu larangan untuk keluar masuk adalah dari 0000j-0600j.

Rumah sewa ke-2 sewaktu degree. Yang pertama tak jauh dari sini.

Sepanjang pengajian ijazah, aku menetap di Taman Desa Anggerik. Beserta 12 orang kawan lelaki sejurusan, pakat2 menyewa dengan harga RM1200/bulan. Kami juga berkongsi duit untuk membeli bahan untuk dimasak. Kos untuk sewa + makan adalah dalam RM150 sebab lelaki memang jarang memasak. Dalam ke-13-13 orang, takkan semua kenderaan muat untuk diparkir di garaj. Aku antara penghuni yang tiada kenderaan bermotor. Hanya ada sebuah basikal mountain bike. Jadi, kami akan carpooling/motorpooling ke dewan kuliah memandangkan semua dari jurusan yang sama. Andai ada urusan peribadi, aku guna basikal atau naik pengangkutan awam dari pondok perhentian dekat pintu masuk taman. Kerap kali juga aku pinjam motosikal mereka. Bergantung kepada berapa jauh perjalanan.

Menyedari kepentingan untuk memiliki multi-skill untuk keperluan kerja dan ummah, aku sertai beberapa kegiatan berasaskan kemahiran memandangkan suhu politik di kampus tidak panas seperti di universiti lain. Kegiatan2 yang disertai dipayungi universiti. Walaubagaimanapun, tidak menyertainya tidak memberi kesan terhadap graduasi seperti menduduki Malaysia University English Test (MUET) dan PPKI. Kita katakan sebagai extra-curricular activity yang akan direkodkan ke dalam sistem eSira.

Kenangan makan2 di dalam kelas khat bersama Ust. Firdaus.

Aku sertai Kumpulan Khat Khufi al-Farisi setelah ternampak mereka membuka booth penyertaan sewaktu pendaftaran masuk ke sarjana muda. Keinginan yang mendalam untuk meneruskan pengajian kaligrafi Arab setelah terhenti setakat Tahap I sekolah rendah mendorong aku untuk menceburkan diri. Bawah bimbingan Ust. Firdaus Mahadi, beberapa bentuk tulisan aku pelajari. Bukan setakat itu, beliau mengajari aku akan penulisan di atas selain kertas, cara membaca ayat kaligrafi yang berbelit2 seperti yang kita lihat di masjid, serta menanam kesedaran akan adanya hak cipta terhadap karya khat yang orang hasilkan walaupun yang ditulis itu berupa kalam Tuhan. Penyertaan ke dalam bengkel & pertandingan Terengganu International Islamic Arts Festival 2014 merupakan pencapaian tertinggi aku dalam kelab ini. Turut menyertai kelab ini adalah 2 rakan sejurusan daripada kalangan wanita. Kelas diadakan pada setiap hari Rabu petang di kampus.

Penglibatan terbanyak aku di universiti adalah menerusi pertandingan reka cipta. Semuanya bermula apabila seorang senior jurusan ingin mewariskan projek reka citanya kepada junior. Projeknya sudah melangkah jauh ke pertandingan di universiti lain, namun dalam bentuk idea dan disampaikan secara verbal di hadapan juri. Supervisor merangkap pensyarah untuk projek sudah tersedia. Justeru, aku dan beberapa rakan bersetuju mengambil alih projek ini. Projek berupa pengenalan corak-corak jubin yang boleh dipasang di mana2 premis untuk membantu orang buta bergerak tanpa bantuan orang celik. Daripada idea kepada prototaip, kami memasuki Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Islam (iREKA) anjuran universiti beberapa kali sehingga melayakkan diri untuk mewakili USIM ke pertandingan Novel Research and Innovation Competition (NRIC) di Universiti Sains Malaysia. Tidak terhenti setakat itu. Aku berpakat lagi dengan beberapa rakan sekuliah usai latihan industri menggunakan projek tesis salah seorang daripada kami. Kali ini, projek berupa sistem penyejuk rumah menggunakan air pancuran berkala. Setelah berjaya memenangi pertandingan iREKA & NRIC, dengan dokongan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi USIM, kami mara ke British Invention Show 2017 di London, United Kingdom lalu menggondol anugerah diamond.


Ahli silih berganti. Terima kasih buat Fathi, Ridhaudin, Badrul Daut, Sahirah, Adriana & Kak Raudhah kerana berjaya membawa ke tahap ini melalui penyampaian yang meyakinkan juri. Penghargaan buat Dr. Zulistiana & Dr. Ernie atas penambahbaikan terhadap projek jubin ini.

Tahun Akhir (istilah untuk pelajar selepas Tahun 4), kami masih beraksi. Bersama Fathi, Ainul, & Dr. Azman. Semoga projek penyejuk rumah ini boleh menembus masuk ke pasaran industri.

USIM menjalankan program pengantarabangsaan penuntutnya menerusi program Lawatan Antarabangsa (LA) & Global Islamic Student Outreach (GISO). Walaupun bukan prasyarat untuk bergraduasi, rugilah sebab Yuran Antarabangsa sebanyak RM450 yang sudah disekalikan dalam yuran pengajian tidak digunapakai. Eh, cukup ke RM450 kalau hendak terbang ke luar negara? LA/GISO ni bermatlamat hendak menyebarkan dakwah ke luar negara melalui aktiviti kesukarelawanan. Selain itu, program ini nak train kita dalam bidang keusahawanan. Cara sukarelawan mengumpul dana melalui tabung derma dan berniaga bukan? Sekali sahaja sudah memadai untuk menyertai program ini. Secara kasar, beza antara kedua2 program ialah GISO strict sikit format dia berbanding LA. Waktu aku mengaji, aku join GISO ke Medan, Indonesia. Menghimpunkan kenalan kepada kenalan daripada berbagai2 kursus FST, kami mula berkenalan sambil berganding bahu mengumpul dana dengan cara meminta sedekah daripada masjid2 di Nilai & bandar2 sekitar serta mengedarkan tabung sewaktu apa2 acara berlangsung di kampus. Melalui jadual perjalanan program yang telah disusun bersama wakil di Medan, kami menyantuni pesantren2 dan masjid di beberapa lokasi di provinsi Sumatera Utara sebelum berehlah di Danau Toba. Sekembalinya kami, laporan lawatan dibentang di hadapan pihak universiti untuk penambahbaikan program pengantarabangsaan pada masa hadapan.

Mereka2 yang telah memberi kenangan terindah untuk lawatan pertamaku ke luar negara. #kitekiteje

Selain MUET & PPKI, menjalankan lawatan dan latihan industri adalah prasyarat wajib untuk bergraduasi. Lawatan industri batch aku buat di SunPower Malaysia, Alor Gajah, Melaka. Di sana, pekerja menunjukkan aktiviti syarikat yang berkaitan dengan sumber tenaga suria, serta perkongsian tenaga elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad. Tidak ketinggalan, mereka promote tempat mereka untuk latihan industri yang pada hematku lebih padan untuk yang rakan2 yang mengambil minor Fotonik.

Tesis berjudul Seismic Seiche Detection using GSM Module.

Sebelum menjalani latihan industri pada Semester VIII, mahasiswa akan menulis tesis. Penulisan tesis dilakukan pada Semester VI & VII. Supervisor yang terdiri daripada kalangan pensyarah ditetapkan. Tidak semestinya tajuk yang dibuat berkait dengan minor kursus. Ada pensyarah yang mensubkan research yang sedang mereka buat dengan memberi tajuk kecil kepada anak buah. Mujur supervisorku memberi peluang untuk menentukan sendiri kajian yang ingin dijalankan. Jadi, aku putuskan untuk membuat kajian tentang alat yang boleh mengesan seiche (macam tsunami) & gempa bumi lalu menghantar isyarat kecemasan melalui papan kenyataan digital & Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Dimulakan dengan membaca banyak2 jurnal di perpustakaan maya supaya mendapat banyak citation dalam tesis, baru aku sedar bahawa projek yang aku sedang buat ini sudah lama dipasang di kawasan2 lingkaran gunung berapi. Sudah tentu mereka punya lebih advance, cuma di perairan Malaysia tiada keperluan untuk mencipta sistem sebegini. Dibekalkan dengan bajet RM500, aku beli barang elektronik di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur serta beberapa lokasi lain lalu mencipta prototaip tesis. Makmal fizik boleh digunakan pada bila2 siang untuk tujuan testing selagi ada pembantu makmal yang bertugas. Setelah menjalani beberapa kali proses semakan bersama supervisor, aku bukukan tesis di sebuah kedai cetak di Serdang, Selangor. Akhir sekali, sesi pembentangan tesis yang dinamakan viva voce dilakukan dengan dinilai oleh 2 orang supervisor selain supervisor kita. Tiada siapa yang diumumkan pembentang terbaik pada waktu ini kerana ada rakan yang belum menyiapkan kajian.

Antara projek geli2 masa internship; pengesan suhu.

Latihan industri/Praktikum mempunyai credit hour 6 & dikira masuk ke dalam PNGK. Inilah satu2nya 'matapelajaran' pada Semester VIII. Walaupun anda skor A untuk 'matapelajaran' ini lalu menjadikan PNGS anda 4.0 pada semester ini, tidak bermakna anda dekan. Mahasiswa USIM menggunakan laman eLI untuk memohon tempat latihan dan mengisi kerja yang dilakukan di syarikat tempat kita menjalani praktikum. Praktikum telah mencorak perjalanan kerjayaku seterusnya. Aku diterima masuk ke sebuah syarikat start-up robotik di Puchong, Selangor dek kagum dengan tesis yang aku buat. Sebagai satu2nya budak praktikum di dalam syarikat yang <10 orang, aku memegang peranan sebagai pengaturcara serta tukang elektrik; membantu pemasangan pencetak 3D yang merupakan revenue utama syarikat. Pada mulanya, majikan memang mahu mengajar dengan memberi pelbagai projek elektronik, tetapi selepas mereka mengalami masalah pusingan modal, aku diarah membantu pekerja lain dalam penghasilan produk. Walau apapun, ia masih dalam skop bidang pengajian. Pada minggu2 terakhir bekerja, supervisor yang menilai viva aku datang meninjau syarikat. Jika skop kerja didapati tidak padan dengan bidang yang dipelajari, akan dinasihatkan supaya meletak jawatan lalu mencari pekerjaan lain sehingga cukup tempoh 18 minggu (untuk kursus Fizik Gunaan). Setelah tamat, aku datang semula ke kampus untuk bentang laporan selain dapat bersua kembali dengan rakan kuliah setelah 1/2 tahun berpisah. Kali ini, aku sudah berkereta pemberian bapa.

Merafak sembah menerima skrol daripada Tunku Pro Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Akhirnya, jerih payah selama 4 tahun terbayar dengan skrol graduasi pada November 2017. Biarpun tidak mendapat ijzah kelas pertama (PNGK-ku 3.09), rakan2, pensyarah2, bahkan Tunku Pro Canselor datang mengucap tahniah kerana membawa pulang pencapaian tertinggi universiti di British Invention Show beberapa minggu sebelumnya. هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي. Terima kasih keluarga kerana melengkapkan hari bahagia ini dengan jambangan bunga coklat. Usai terima skrol, aku terus pergi membayar gambar konvokesyen yang ditempah beberapa hari sebelumnya, iaitu hari aku menjalankan raptai.

Mendapatkan gelaran Dr. pada masa hadapan memang dalam perancangan. Namun, aku perlu menunggu zaman yang tepat untuk melanjutkan pelajaran memandangkan industri belum berani mengeluarkan bajet untuk menggaji ramai siswazah doktor falsafah. Tetapi ini tidak bermakna aku terhenti menuntut ilmu. Kini, terdapat kursus2 pendek yang boleh dituntut di Internet. Walaupun sijilnya tidak laku, tapi dengan ilmu yang diperoleh menjadikan kita tidak ketinggalan dalam menyelusuri trend teknologi terkini. Antara kursus berkaitan jurusan Fizik yang boleh dipelajari ialah:
  • Elektrikal
  • Kimia; sifat bahan.
  • Pengaturcaraan
  • Sistem kewangan
  • Ilmu pendidikan kanak2
  • Minyak & gas
  • Telekomunikasi
  • Bahasa
  • Pemasaran
Kursus dalam talian yang disyorkan di atas berdasarkan kepada bidang pekerjaan siswazah jurusan ini yang terdiri daripada juruteknik, pegawai sains, jururunding kewangan, guru, serta jurutera jualan. Graduan juga digalakkan mengambil kursus persijilan yang ditawarkan pelbagai institusi awam & swasta bagi menguatkan profil kerjaya. Bagi yang kurang kisah dengan isu privacy policy, graduan boleh mencipta profil di laman2 kerjaya seperti LinkedIn, Patreon & Reddit. Di sana, graduan dapat membina jaringan kenalan yang sememangnya sangat berguna untuk kelangsungan kerjaya seperti aktiviti melompat kerja, memasarkan produk, & meminta sumbangan.

Diberi peluang bertestimoni kepada siswa yang akan menyambung pengajian ke degree.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Correct me if I am wrong. Politely please.