Melawat Rumah Robot Pertama di Asia Tenggara

World Robotic Explorer di Greenville, Jakarta Barat, Indonesia.

Mendapat kepercayaan daripada tempat kerjaku My Robot Time, aku berserta seorang rakan sekerja telah ditugaskan untuk memberi latihan kepada warga didik World Robotik Explorer (WRE) di tanah seberang yang berminat mahu mengembangkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) menggunakan produk2 keluaran My Robot. Latihan ini dijalankan pada 7-11 September 2018.

Mengikut prosedur, mana2 pusat pembelajaran di seluruh Asia yang telah bekerjasama dengan My Robot Time harus mendapatkan latihan daripada wakil syarikat di Malaysia. Dari tiket penerbangan hingga penginapan wajib ditanggung oleh pihak pusat. Untuk kes kali ini, WRE memilih Lion Air untuk menerbangkan kami berdua ke sana.

Dari lapangan terbang lagi sudah terdapat banner2 seperti ini. Moto sukan iaitu The Inspiring Spirit dan Energy of Asia dengan penampilan atlet merah-putih mereka memenuhi dinding2 dan papan2 tanda di jalanan. Ketika kami tiba, Sukan Asia baru sahaja melabuhkan tirai, dan sedang dalam persiapan untuk penganjuran Sukan Para Asian 2018.

Setelah mengambil kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, anak lelaki Pn. Jully dan pemandunya menempuh perjalanan selama 40 minit untuk terus ke Robotic Explorer.
Kami berdua disapa dengan begitu ramah oleh para pekerja WRE. Mereka terdiri daripada staf2 lelaki yang masih muda. Tempat ini adalah sebuah rumah robot 3 tingkat menempatkan robot2 pendidikan yang menjadi trend generasi sekarang seperti NAO, Lego Mindstorm, dan banyak lagi disamping robot2 pertunjukan yang akan digunakan apabila terdapat sebarang acara. Selain di Greenville, rumah robot juga turut dibina di beberapa tempat di Pulau Jawa iaitu di Bogor dan Bandung. Ini adalah rumah robot pertama yang dibina di Asia Tenggara hasil inisiatif pengusaha tekstil, Jully Tjindrawan yang melihat bidang robotik mempunyai potensi pada masa depan.

Sejumlah robot yang dibeli dari luar negara.
Masuk sahaja, sudah 'disambut' dengan replika robot NAO.

Pelbagai robot2 humanoid yang bersaiz boleh rangkul boleh dicermati di seluruh pusat ini. Dengan penambahan robot humanoid dari syarikat kami, menambahkan lagi koleksi humanoid di sini.
Salah seorang rakan seperjuangan Pn. Jully sedang memeriksa robot besar yang diprogram menggunakan sistem operasi Android dan Arduino.
Beberapa sesi latihan telah kami jalankan kepada kira2 10 orang pendidik. Mereka telah diamanahkan oleh Pn. Jully Tjindrawan, pengasas WRE untuk menerima tunjuk ajar penggunaan robot2 My Robot Time. Ini bagi membolehkan mereka dapat mengajarkan kembali di 15 buah sekolah di Jakarta yang membuat kerjasama dengan WRE. Sebelum ini, WRE menggunakan robot pendidikan daripada syarikat lain dalam pengajaran mereka. Dengan masuknya My Robot Time ke sekolah2 di Jakarta, para pelajar dapat mempelajari robotik dengan harga yang lebih murah selain berpeluang untuk menyertai acara tahunan syarikat bertaraf dunia International Youth Robotic Competition (IYRC).

Ruang pembelajaran di aras 3.

Walaupun antara kami dan mereka ada masalah dialek ketika berkomunikasi, begitu bersungguh-sungguh mereka mempelajari cara guna robot daripada kami.
Setelah memasang dan memprogram, mereka cuba menggerakkan robot melalui suis mahupun alat kawalan jauh.
Aku berasa seronok dengan layanan yang mereka berikan. Mereka lebih selesa bertutur bahasa Melayu, membuatkan rakanku yang berbangsa cina mengalami sedikit kesukaran untuk berkomunikasi; apatah lagi dialek yang digunakan ialah Indonesia sehingga aku sendiri kadangkala silap faham apa yang disampaikan. Mereka juga banyak bergurau dan bergelak-ketawa seolah-olah kelihatan tidak serius menjalani latihan. Walaubagaimanapun, mereka sangat prihatin hinggakan soal melancong pun mereka cuba memberi cadangan itu dan ini, sedangkan kami tidak mempunyai masa untuk menziarah ke mana2 tempat di sekitar Jakarta.

Tidak terkata kenyangnya kami di pusat ini. Mereka menyajikan buah, kuih, serta hidangan tradisional Indonesia. Bahkan, mereka bungkuskan untuk kami makan di hotel pada malam hari.
Kami menginap di Grand Tropic Suites Hotel, kira2 6 minit perjalanan dari Robotic Explorer menggunakan Grab. Di Indonesia, terdapat juga motosikal Grab yang menawarkan harga separuh daripada tambang kereta Grab dan tidak berubah walaupun ketika waktu puncak. Biliknya bak apartmen, mempunyai kolam renang mengikut peringkat umur, serta menghidangkan sarapan pagi yang tiada bezanya dengan menu tempatan Malaysia.


Agak tropikal kolam renang dia, sesuai dengan nama hotel.
Setelah menyedari ada masa lapang dalam jadual, kami meluangkan masa pergi ke beberapa tempat. Ini kali pertama aku diarah melatih tenaga pengajar di luar negara, dan juga kali pertama menjalani outstation di luar negara dalam alam kerjayaku. Menurut rakan, kebiasaannya jadual latihan memang padat; habis latihan terus terbang pulang tanpa sempat melawat ke mana2. Kiranya latihan kali ini memang tuah buat aku kerana dapat mengikut darah muda. Kebetulan di Malaysia sedang cuti hujung minggu serta sambutan Maal Hijrah, so we deserve to enjoy what we supposed to get in this time, i.e. holiday!

Kami mengunjungi 2 buah pusat membeli belah berhampiran hotel, iaitu MalCiputra dan Central Park. Tidak banyak barang yang mampu dibeli dek harga yang mahal, murah2 sikit jer jika dibandingkan dengan shopping complex di tengah2 KL. Setelah itu, kami berkunjung ke Monumen Nasional (Monas) di Jakarta Pusat, tugu peringatan setaraf dengan Eiffel Tower. Dikatakan bahawa dengan menaiki lif di menara sana, kita dapat melihat panorama Jakarta Pusat 360°. Malangnya, kami tiba disana ketika hari baikpulih, lalu hanya mampu menangkap sahaja gambar menara dari luar perkarangan tugu.

Central Park. Ada 2 buah gedung yang dihubungkan oleh jejambat. Sesiapa yang melalui jejambat pasti akan terpesona dengan panorama elegan di situ seperti dalam video di bawah.

Pergi ke Monas nak tengok Jakarta. Monas tutup! Ahahahaha...

Istana Presiden

Habis latihan pada 11 September malam. Justeru, penerbangan adalah pada keesokan harinya, berkebetulan dengan sambutan Maal Hijrah. Kiranya, aku balik ke tanah air tahun hadapan. Hehe... Walaupun waktu di Indonesia berbeza -1 jam berbanding di Malaysia, check-outnya tetap pukul 12 tengah hari. Masih banyak wang rupiah di tangan. Ilmu yang telah kami curahkan kepada anak2 Jakarta ini moga2 mendapat laba yang berlipat kali ganda pada kemudian hari. Menjadi perintis dalam bidang robotik yang baru berkembang suatu kebanggaan buatku.

Berbeza dengan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka mengangkut anak kapal dari terminal utama ke terminal satelit menggunakan bas. Terasa bagai tin sardin saat masuk ke dalam bas.

Moga dapat bersua lagi di IYRC 2018 di Bangkok, Thailand hujung tahun ini. ✌





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Correct me if I am wrong. Politely please.