Cabaran Mengaji Tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia

Bangunan ni hanya menempatkan 2 bilik kuliah. Jadi, penuntut terpaksa menumpang ke fakulti lain jika ingin mengadakan kuliah memandangkan terdapat 5 kos pengajian peringkat Tamhidi. Walaubagaimanapun, tidak terdapat masalah berkenaan kelas tutorial kerana bangunan ini terdapat 25 bilik tutorial.

Wow, Excited dapat masuk U! Tak sangka rombongan sekolah menengah aku dulu ke Program Selangkah ke USIM 2011 adalah overview aku sebelum menuntut di universiti ni. Terpilih melalui Unit Pengurusan Universiti (UPU), aku terus mendaftar untuk sesi 2012/2013. Setahun jer - 2 semester. Dapat jurusan Sains & Teknologi - seperti yang aku apply dalam UPU. Tamhidi [تمهيدي ; Persediaan] adalah pengajian Asasi di USIM. Saja tak nak guna istilah asasi - Sedangkan di Kolej Matrikulasi dipanggil matrikulasi, di Universiti Teknologi Malaysia dipanggil Tahun Asas. Kesimpulannya, nama bidang yang aku ambil ialah Tamhidi Sains & Teknologi.


Aku antara 50 orang terawal yang mendaftar masuk U dulu kat Stadium Tertutup Nilai.
Tarikh kemasukan memang diawalkan seminggu berbanding tarikh kemasukan rasmi pelajar asasi IPTA bagi membolehkan aku berkenalan dengan USIM melalui minggu ta'aruf. Masa tu lah aku diperkenalkan dengan latar pemandangan geografi kampus yang berbukit-bukau, sistem maya universiti yang pelbagai, kemudahan-kemudahan di kolej kediaman & kampus selain diperkenalkan kepada kami barisan kepimpinan sementara Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 & mengajarkan lagu rasmi universiti.

Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) merupakan penginapan aku (yang dimasuki oleh sebahagian penuntut perempuan Ijazah Sarjana Muda pada September kemudiannya). Fasilitinya agak bagus. Cuma yang kecewa sikit sebab kami ditempatkan di kediaman yang paling jauh berbanding senior Ijazah Sarjana Muda yang hanya mendiami sekitar kampus sahaja. So, bas pun disediakan untuk ulang-alik.
KKNC di Nilai Impian, Nilai, Negeri 9. Mempunyai kemudahan seperti kafetaria, surau & taman permainan. Pada masa depan, pelbagai projek pembangunan akan dijalankan di atas tanah lapang (gambar) oleh pemaju hartanah yang membolehkan penghuni hanya berjalan kaki untuk mendapatkan barang keperluan selain dapat bersolat di masjid yang cukup dekat. Masa menginap dulu, Nilai 3 & Nilai Square merupakan akses shopping yang terdekat manakala penghuni bersolat jumaat di Masjid Bdr. Baru Nilai.
Peta jaringan kolej kediaman bagi penuntut USIM. Hanya Kolej Nilam/Camelia Court (KKNC) yang berkedudukan di seberang lebuhraya PLUS - mengambil masa 20 minit untuk ke kampus dengan bas yang disediakan. Permasalahan penempatan pelajar Tamhidi mendapat perhatian di Parlimen apabila YB Ustaz Idris Ahmad (PAS - Bukit Gantang)  menyentuh isu ini [minit 12:19] ketika membahaskan Titah Diraja dalam Pembukaan Parlimen 2013.


Pensyarah-pensyarah kat sini memang best-best. Ramai antara mereka yang layan kami macam budak-budak. Maklumlah kami ni junior kat universiti. Ada juga yang mengajar kami macam ribut sebab nak kejar masa. Tiada masalah untuk memanggil mereka 'cikgu' ekoran taraf mereka yang sama dengan tenaga pengajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Pusat Matrikulasi. Walaubagaimanapun, nak panggil mereka 'Madam/Sir' pun boleh supaya dapat membiasakan diri untuk memanggil pensyarah Ijazah Sarjana Muda dengan panggilan sebegitu nanti selain 'Prof.', 'Dr.'. Actually, kerja rumah yang diberi agak banyak. Kadang-kadang, sakit kepala nak memikirkan jawapan soalan tu. So, pensyarah amat menggalakkan study group selain bertanya yang tak faham kepada mereka bagi mengelakkan aku diserang sakit mental jika aku jawab semua soalan nafsi-nafsi.
http://egallery.usim.edu.my/cache/tahun-2008/Februari/Februari%202008%20-%20Lawatan%20ke%20syarikat%20bas/074_525.jpg
Perkhidmatan bas untuk penuntut Tamhidi memang menjadi 1 polemik. Walaubagaimanapun, ada juga usaha penambahbaikan yang dibuat oleh pengusaha bas. Pergerakan bas adalah mengikut jadual, better bawa kenderaan sendiri kalau hendak ke mana-mana [dapatkan Pelekat Kenderaan (Pelajar)]. Teksi pun ada juga untuk perjalanan ke sekitar Nilai - RM10.

Seperti matrikulasi, penuntut terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran yang banyak untuk tempoh setahun saja. Camner rasanya?Berat 66. Walaupun nama jurusan nampak sekular (Sains & Teknologi), tapi terdapat juga subjek 'Bahasa Arab' & 'Pengajian Al-Quran dan Hadis dalam Sains' di dalamnya. Subjek lain bagi jurusan aku ialah Matematik, Fizik, Biologi, Kimia, ICT Skill & English. Ekoran kekangan masa dan jadual perkuliahan yang berbeza dengan senior Ijazah Sarjana Muda, banyak program mereka yang kami tak boleh join . Tapi atas inisiatif perwakilan pelajar Tamhidi, ada gak diadakan kejohanan sukan peringkat Tamhidi bagi membolehkan kami release 10ion.
'Atlet' badminton lelaki kos Sains & Teknologi semasa Sukan Tamhidi 2013. Tak ingatlah tempat ke berapa. Yang pasti main sebab nak enjoy!
Rombongan kelas tutorial ke Taman Paya Indah Wetland, Selangor. Penat meronda sebesar-besar punya taman dengan basikal jer.
 
Seluruh kuliah ke Ulu Yam, Selangor. Lagi mencabar., lagi penat - sampai solat pun dalam hutan. 1 hari jer untuk redah sungai, daki bukit.

Kat sini ukhuwah memang rapat, kawan-kawan jenis yang cool jer. Pergaulan terjaga antara berlainan jantina hatta perbincangan berkumpulan wajib diadakan di kawasan terbuka. Kes kecurian di KKNC boleh dikatakan approximately 0 sampai aku tak perlu risau sangat kalau tertinggal cellphone kat mana-mana. Di kampus, tiap-tiap premis ada siaran wifi berkelajuan 100Mbps. Hanya masukkan username 'usimwifi' dengan kata laluan 'wifi123', silalah berlayar & memuat turun apa sahaja kecuali Facebook, You Tube dan beberapa laman lain yang disekat penggunaannya pada weekdays, 0600-1800 manakala akses ke laman perkongsian fail (p2p) seperti Torrent memang disekat terus. Hanya pakar sahaja yang mampu pass sekatan ni.
Bergambar gaya bebas. Kuliah Sains & Teknologi 2. Ketua kuliah ini (ada bola hijau) memerangkap Presiden Tamhidi. Cukup wibawa orangnya - lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Posing baik Tutorial Sains & Teknologi 8.
Untuk graduate, perlu skor >2.0. Gementar gak aku nak sit exam ni. Mujur diberi 1 minggu 'tanpa kuliah' untuk prepare dengan gaya tersendiri. Maklumlah aku ni jenis slow & steady. Kawan-kawan pun memang banyak membantu. Soalan pun tak susah mana oleh sebab pensyarah dah terangkan topik mana yang akan masuk, so tak payah baca semua.
Peperiksaan semester diadakan di Stadium Tertutup Nilai. Majlis Perbandaran Nilai punya, USIM sewa. Ada air-cond.
Alhamdulillah, graduate sudah. Semua subjek lulus (minima D). Purata Nilai Gred Kumulatif: 2.17(Semester I) + 2.91(Semester II) = 2.53. Mujur dapat >2.00. Kalau tak, kena ulang pengajianlah. Keputusan kokurikulum? Tamhidi tak ada Koko. Jangan risau, pengarah Tamhidi akan berikan surat akuan penyertaan kokurikulum jika diminta oleh pemberi biasiswa untuk further studies ke Ijazah Sarjana Muda. Sukar rasanya hendak berpisah dek ukhuwah terjalin antara kami di Tamhidi. Kepada rakan sebilik, sekuliah, setutorial, syukran jazilan.
Selepas kosongkan rumah (KKNC), take a pic jap.
Kalau iya pun rumah aku, takkan semua isi rumah mutlak aku punya. Bilik special aku (bersama seorang rakan).

Sesungguhnya, tiada dalil nas yang melarang lelaki memasak. Yuran rumah (not university decision!) banyak tersalur ke sini - membeli peralatan dapur. TQ housemate coz ajarkan aku memasak.

21 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM..semua yg masuk ni,result gempak gempak ja ka?ada tak yg not good sangat result dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. WAALAIKUMSALAM. Ada lah jugak certain2 yg gempak. Nk masuk sini result SPM 2A pn pernah dgr, sebab syarat kemasukan dia adalah 'Kepujuian dalam....', kiranya x de A pn boleh masuk, bergantung kpd quota UPU.
      Sini kalo nk tgk budak2 yg gempak, kena tgk budak Tamhidi Perubatan & Tamhidi Pergigian; study jer keje diorg sebab degree requirement diorg nti pointer 3.5 & 40 seat jer. Kalo yg sempoi sikit tu budak Tamhidi Syariah & Undang2;esaimen x byk kot. Kitorg budak2 Sains ni kira intermediate lah kot. Haha...
      Nk apply USIM ke?

      Padam
  2. ASSALAMUALAIKUM..semua yg masuk ni,result gempak gempak ja ka?ada tak yg not good sangat result dia?

    BalasPadam
  3. KKNC tu takde air cond ke? Hahahaha. lagi satu, busy tak schedule tamhidi ni? macam kalau nk keluar chill chill time weekend tu sempat tak?

    BalasPadam
  4. X de. Tapi nyaman dgn kipas jer. Nk keluar bila2 pun boleh asal ikut waktu pagar buka (0600-0000), kalo x, bwk badan jer tido dlm kolej, kête-motor tgl luar. X de la busy sampai x bersukarelawanan. Aq join usrah. Hampir tiap mgu g shopping. Guna biasiswa yg kerajaan bg siap2 utk budak Asasi, x yah mnx pn. Mmg mcm U live dh pn. Cuma beza dgn peringkat pengajian lain, kitorg time ni 'pack'. Kls strict 0830-1700. Dh masuk Degree ni baru rse lapang. Masuk kls x siap keje tu mmg biasa. Bkn apa, dh x reti, nk wt camner kn?

    BalasPadam
  5. Nilam court ni utk student sahaja ke?ke ada orang luar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Student Tamhidi & certain Degree, Fellow JAKSA (jawatankuasa hostel), Pak Guard, Mkck Cleaner, pekerja kafeteria. Nilam Court ni apartmen Sime Darby bina termasuk seluruh kawasan Nilai Impian. USIM ambil part tgh apartmen. Part kiri & kanan tu kejiranan org.

      Padam
  6. nak tanya... lepas habis tamhidi sains n teknologi ni, kita boleh smbg untk degree dalam bidang apa eh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara default, boleh pilih 1 drpd kursus2 di Fakulti Sains & Teknologi http://fst.usim.edu.my/akademik/program-pra-siswazah atau Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina http://fkab.usim.edu.my/program/why-study-at-fkab . Mahu kursus selain drpd fakulti2 ni, jumpa dekan bayar RM100 utk tukar fakulti.

      Padam
  7. assalamualaikum nk tanya sikit..kalau kita x dot tempat utk degree medic m..still bole ke nk jd doktor? dan boleh ke kalau apply degree kt univ lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam sy jawab. Quota org luar utk masuk degree medic & dentistry USIM sikit sgt sbb diutamakan org dlm; Tamhidi. 1 lg cabang utk 'masuk hospital' boleh apply minor Fizik Perubatan menerusi Degree Fizik Gunaan dlm Fakulti Sains & Teknologi. Nk keluar dari Tamhidi USIM ke Degree u lain tu boleh tapi susah jgk la, cuba dulu. Nak ambil double degree yg mana 1 lg dgn u luar, pergi bincang dgn u tu. Double degree dlm USIM shj no way, as their moto 'Integrasi Ilmu Aqli & Naqli', yg mana x kira apa kursus wajib ambil subjek berkaitan sains, matematik, agama, falsafah, bahasa, tapi belajar surface jer la.

      Padam
    2. Act pelajar tahmidi sem 1 boleh ke bawa kereta sndiri sbb cam susah je nak harapkan bas n teksi je

      Padam
    3. Masa kami 2012/2013 boleh. X tw pulak skrg sebab 2 tahun lps Degree Tahun 1 x boleh bwk dh. X sure larangan ni cakup Tamhidi or x.

      Padam
  8. Lecturer tamhidi sc n tech nie mengajar dlm English or Malay or MIX ?? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan masa English. B.Arab tu tgk lecturer, de yg Melayu speaking, de yg Arabic + English sikit2.

      Padam
  9. Klau tamhidi sains n tech..degree nnti bolh x apply dental?

    BalasPadam
  10. kalau nak ambik tamhidi syariah dan undang2, result kene gempak ke? at least dpt berapa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Urusan nak masuk Tamhidi ni guna UPU. Jd, by nasib la. Walaupun atas kertas tertera syarat hanya kena skor kepujian itu & ini dlm SPM. Asalkan ada ambil BA walau dari SMK jer.

      Padam
  11. Nak tanya,kalau dapat jurusan sains dan teknologi asasi, akan belajar mengenai apa yer?

    BalasPadam

Correct me if I am wrong. Politely please.