Fitrah Adalah Perjuanganku, My Mawaddah

I
     Keindahan bulan dipagari bintang yang gemerlapan di angkasa Malaysia membuatkan hati Dato' Seri Ahmad Durrah terpaku melihat kebesaran Ilahi. Namun, fikiran beliau melayang ke arah isteri, Datin Soleyhah Sirajuddin yang khusyuk melayan malam yang syahdu di sisi beliau. Terbayang beliau akan bagaimana mereka melangsungkan majlis perkahwinan tidak beberapa lama dahulu.
     "Aku...(das tembakan kedengaran). Aku nikahin...(lagi berdas-das tembakan mengenai tubuh)... Aku nikahkan dikau, Ahmad Durrah ibni Ubaid al-Ahad dengan Siti Soleyhah bt Sirajuddin dengan mas kahwin 1 dinar emas dan 99 dirham tunai.... Aduh!(mengerang kesakitan). Berdasarkan lafaz akad nikah ini dapat digambarkan betapa sukarnya mereka diijabqabulkan sebagai pasangan sehidup dan semati bilamana mereka bergelar Raja Sahari. Puak pengkhianat yang mendapat sokongan Singapura cuba untuk membunuh beliau bersama beberapa menteri kabinet termasuk Khalifah yang turut hadir dalam majlis perkahwinan mereka. 
     Majlis yang gilang-gemilang itu diadakan di atas dua buah feri pengangkutan ulang-alik antara Pulau Pinang dan  Seberang Prai yang disewa. Majlis yang pada mulanya sepi daripada lensa-lensa media massa nasional menjadi kecoh dengan tidak semena-mena apabila pemberontakan tercetus. Beliau yang mengenakan baju Melayu putih berserban dan memakai terompah terpaksa bertempur bersama-sama isterinya yang mengenakan gaun putih yang labuh dilitupi purdah satin berlabuci sehingga pakaian mereka kelihatan kesan koyak dan tompokan merah, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Hadirin majlis turut membantu melindungi pasangan mempelai terbabit kendatipun sebahagian besar daripada mereka lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut.
     Pemberontakan berjaya dipatahkan dengan bantuan RELA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  apabila kesemua pemberontak berjaya diberkas. Persatuan Bulan Sabit Merah datang memberi bantuan kecemasan kepada hadirin yang tercedera termasuk bapa mertua Dato' Seri, Sirajuddin Henderawan yang parah di dada dan lengan akibat tembakan bertalu-talu yang dilepaskan pemberontak semasa membacakan teks akad nikah. Jambatan Pulau Pinang pula menjadi sesak ekoran daripada tragedi tersebut.
     Singapura menyimpan dendam yang membara terhadap Malaysia apabila kerajaan Malaysia melaksanakan dasar Islam secara syumul dalam pentadbiran selaras dengan status negara maju yang dipegangnya. Kerajaan yang pada dasarnya bimbang dengan gelombang rakyat yang mahukan Islam sebagai gaya hidup kontemporari mereka mula bertoleransi dengan tuntutan revivalis-revivalis Muslim. Singapura menjadi berang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS) mengharamkan pertubuhan Freemason daripada bergerak bebas di dalam negara serta menyerbu lodges-lodgesnya. Anggota-anggota Freemason yang kemudiannya mendapatkan perlindungan di Singapura menyusun strategi bagi menyekat pengaruh para revivalis.
     Ketabahan Datin Soleyhah mengharungi hidup menuju reda Ilahi menyebakkan hati suami beliau. Rasa kasih dan sayang suami beliau membuak-buak bagai gegelembung udara yang keluar daripada air yang mendidih. Kepada diri beliau yang tidur, Yang Tersayang bermadah:
 Terima kasih, Sol untuk segalanya,
   Kau berikan aku kesetiaanmu;
      Nur kasihmu menerangi lohong-lohong aralku,
          Kau tercipta untukku nun jauh di syurga.
     Malam tersebut diakhiri dengan doa tidur setelah adegan mengucup terlaksana. Berdua mereka melayari bahtera malam dalam keadaan berpelukan sedang dada mereka menghadap Baitullah al-Haram sehingga terbit fajar sadiq di ufuk langit Kuala Lumpur.

II
     Menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara(KSN), Dato' Seri Ahmad Durrah meneliti laporan-laporan yang dikemukakan daripada pelbagai jabatan kerajaan. Setelah selesai, beliau akan menghantar cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh jabatan-jabatan kepada Khalifah sebagai modal untuk musyawarah di Parlimen. Yang takjubnya, akan sentiasa ada antara ahli parlimen yang akan melakukan sujud syukur di dalam Dewan Negara sekiranya ada antara cadangan-cadangan besar yang dikemukakan berjaya diwartakan sebagai akta mahupun diluluskan untuk peruntukkan termasuk Dato' Seri Durrah sendiri. Menurut beliau, konsep 'khilafah prihatin' memberi kebajikan kepada segenap lapisan masyarakat majmuk Malaysia. Beliau masih ingat  bagaimana mobiliti sosial masyarakat Eropah dahulu berubah-ubah dek dasar kerajaan Turki Uthmaniah yang menggalakkan kecemerlangan individu.
     Pemerintah meneruskan langkah kerajaan terdahulu yang menguatkuasakan dasar embargo terhadap barang dagangan dari Israel. Akta Zina diperinci dalam undang-undang ta'zir(sivil) selaras dengan firman Allah, "Dan janganlah kamu menghampiri zina", sehingga tiada lagi aktiviti dating bersama orang yang bukan mahramnya. Gosip-gosip di tepi kain-kain artis dipangkas lalu digantikan dengan pengajian ilmiah muzik serta instrumen-instumennya yang bermanfaat. Seterusya, kenderaan jenis hybrid, solar, elektrik, dan jenis yang tidak berenjin petrol sahaja yang dibenarkan bergerak bak kutu rayap di jalanan apabila Akta Kawalan Alam Sekitar dipinda. Jelasnya, undang-undang syariah negara berjaya dikembalikan ke tempat yang asal sepertimana yang dijalankan sebelum era penjajahan Emperialis Barat dahulu kala manakala ulama-ulama Sunni menduduki semula takhta perundangan negara menggantikan peguam yang sedia ada.
     Pelaksanaan undang-undang Islam secara syumul menimbulkan rasa puas hati daripada kalangan rakyat termasuklah orang bukan Islam hinggakan ada antara mereka yang membanjiri ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) di Putrajaya bagi menyatakan dwilafaz penyaksian mereka terhadap Islam. Bahkan, tidak kurang juga yang menghantar memorendum tanda mereka berpuas hati terhadap pemerintahan Khilafah.
     Keadaan ini turut dirasai oleh Ahmad Durrah semasa mencari barang keperluan dapur bersama isteri di Pasaraya Qayim. Senarai barangan yang terdapat di dalam pasaraya dipacakkan di hadapan pintu masuk pasaraya bagi memudahkan pelanggan menentukan barangan yang hendak dibeli dengan pasti sejajar dengan sabda Nabi s.a.w. yang menyuruh Aisyah r.a.h. supaya menetapkan barang yang hendak dibeli sebelum memasuki pasar. Di hadapan deretan tempat pembayaran, terpampang ayat al-Quran waahallallah al-bait waharrama al-riba'(dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba [Surah al-Baqarah,ayat 75]) manakala urusan pembayaran dijalankan dalam dinar emas dan dirham perak yang bercap mohor kerajaan Malaysia.
     Menggunakan kenderaan Perodua Hybrid 4x4 3.0cc, Durrah dan isteri menyusur keluar daripada pasaraya menuju ke Taman Tasik Titiwangsa bagi menghabiskan sisa-sisa ba'da al-'asr bersama. Berbekalkan air botol Barbican berperisa anggur, mereka menikmati panorama ghurub al-syams di tepi tasik. Alunan zikir daripada pengunjung dan peranti muzik yang mereka bawa mengharmonikan suasana petang tersebut bak burung-burung berkicauan - bertasbih memuji Ilahi. Sambil melemparkan senyuman, Durrah memberi kalam kepada wanita yang bertubuh kecil itu, "Kalakian, ma ajmala hazihi masaan(alangkah cantiknya petang ini). Pantulan pancaran terik matahari dari wajahmu menerobos retinaku sepoi-sepoi bahasa. I have suffer from stock-still and speechless as my mind interpret sunlight rebound from your pretty face." "Ya habibi, saat kau dakap mesra sinarku, aku mengerti akan hadirnya cinta yang badi'. Oh, alangkah untungnya jika kita dapat melihat anak kita bermain di taman nun sekiranya rancangan permainan baka kita success!", balas Soleyhah seraya menundingkan ibu jari ke arah taman permainan yang terletak di seberang tasik. Mendengarkan keluhan isteri beliau, Ahmad Durrah membidas, "Anak itu anugerah Tuhan. Bukankah junjungan kita ada menyebut bahawa mengatakan 'kalaulah begini, takkan jadi begitu' membuka peluang kepada syaitan untuk menyesatkan kita. You make satans delighted when you spokes this,my mawaddah."
     Di atas tikar sejadah, Siti Soleyhah bertahajud pada malam hari sendirian tanpa suami yang terpaksa bermalam di Hotel Ante Meridian, KL Sentral kerana menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (EGM OIC) bersama Khalifah untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan seanggota berkenaan dasar Islamisasi baru di Malaysia. Mengenangkan kesilapan yang dilakukan di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari, beliau memajatkan doa memohon keampunan al-Ghafur, "Ya Allah, syaitan telah bergembira lantaran kelancanganku mengeluh tentang nasibku. Dengan dzat-Mu Yang Maha Pemurah, Engkau hampakanlah syaitan-syaitan itu kerana aku mengeluh tentang dosa-dosaku kepada-Mu". Lantaran terlalu sedih, tanpa dijangka beliau terlena di atas tikar sejadah yang sudah terlakar peta air mata sedang tubuh masih dibungkusi telekung...dan masih terlentang sehingga azan subuh berkumandang.
III
     Datin Siti Soleyhah bekerja sebagai Pengurus Akauntan Bank Kerjasama Raja Berhad (Bank Kerja) cawangan Melawati, Selangor memerangkap Setiausaha Sulit Pengurus Bank Rakyat Malaysia. Dengan bantuan rakan suami beliau yang menjadi Gabenor Bank Negara (BNM), beliau dianggap berjasa dalam membantu memansuhkan sistem konvensional dan mentranslokasi kesemua akaun-akaun pencarum sistem tersebut ke dalam sistem perbankan Islam hanya beberapa jam selepas dasar Islamisasi baru dilancarkan.
     Suatu ketika di ibu pejabat Bank Kerja di Jalan Tuanku Abdul Razak, Kuala Lumpur, satu mesyuarat tergempar diadakan bagi menstrukturkan semula perbankan syarikat. Perbincangan menjadi semakin hangat dan sensasi apabila ada ahli minit mesyuarat yang membangkitkan isu penentuan nasib akauntan-akauntan yang kehilangan pekerjaan mereka akibat pemansuhan sistem perbankan konvensional di syarikat itu. Dalam kemelut mesyuarat yang semakin meruncing hingga ada antara mereka yang ingin mengacukan rifal masing-masing, Datin Soleyhah bangkit dari kerusi yang diduduki lalu bersuara dengan lantang - mencabar nyalaan kepanasan rundingan, "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. (Surah al-Mulk, ayat 15). Adakah dengan  bertengkar kalian mampu mencapai solusi?  Mengapa tidak kita buka sahaja cawangan bank di luar negara? Bukankah kedudukan kewangan tahunan kita dari dahulu lagi mencatatkan perkembangan yang merangsangkan? Melalui cara ini, kakitangan-kakitangan kita akan dihantar ke luar negara bagi memenuhi kuota pekerja yang diperlukan disana. Usahlah kalian bimbang akan nasib saudara-mara kalian yang keguguran status pekerjaan mereka. Saya juga adalah saudara mereka - saudara seagama, dan kita sama-sama akan membantu mereka mencari sesuap nasi. Simpan rifal kalian baik-baik."
     "Bini outstation kat oversea," begitulah ungkapan yang keluar dari mulut Durrah kepada kaum kerabat terdekat menggunakan aplikasi panggilan video 4G Na'am. Dengan bergegas mereka menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi menyambut pemergian Soleyhah ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdasarkan keputusan mesyuarat syarikat yang lalu. Perasaan sebak menyelubungi seluruh ahli keluarga di hadapan Balai Pelepasan. "Umi, abi, ana mintak antuma merestui pemergian ini. Syukran kerana membenarkan ana membawa akhi sebagai teman. Insya Allah, kami baik-baik sahaja disana. Lagipun, innallaha ma'ana (sesunguhnya Allah bersama kita [Surah al-Taubah, ayat 40]), kata Soleyhah sambil menyeret bagasi ke pintu masuk balai tersebut. "Ku kan sentiasa menuggumu - merinduimu, sayangku walaupun di balik awan mendung sana," terpacul keluar bait duka dari mulut Durrah saat isteri beliau hampir hilang daripada pandangan. Sebaik mendengar bait itu, bagasi yang diseret Soleyhah terlepas daripada pegangan lalu menyebabkan langkahan Soleyhah terintiha. Kelihatan air mata turun mencurah-curah membasahi tudung yang dipakai beliau. Namun, digagahkan juga langkah beliau bagi menunaikan amanah awam yang terpikul di bahu. "Doakan keselamatan kami, Ya ikhwani," ucap Datin Soleyhah kepada ahli keluarga sebelum ghaib dengan Boeing-24434 di balik awan.
IV
     Israel dan sekutu-sekutunya sentiasa mempunyai rancangan untuk menakluki dunia. Mana-mana negara yang didapati tidak mengikut telunjuk mereka akan ditentang berlandaskan Protokol Yahudi nombor 7. Akibat daripada krisis hutang dengan Bank Dunia, Indonesia telah diseret ke dalam kancah konspirasi mereka. Melalui wakil mereka di Singapura, mereka menjalankan provokasi terhadap pemerintahan Khilafah di Malaysia. Serangan terhadap nelayan-nelayan Malaysia, sekatan terhadap kapal dagang daripada berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia serta pencerobohan udara oleh jet-jet pejuang Singapura dan Indonesia sudah banyak dilaporkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat rondaan dan tinjauan di perairan dan angkasa Malaysia. Tambahan lagi, rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di kebanyakan bandar angkara tiupan fitnah Zionis dilaporkan oleh PDRM.
     Rusuhan dan kekacauan yang berlaku di dalam negara mencemaskan rakyat jelata. Para revivalis menyusun langkah untuk keluar daripada situasi yang tegang ini. Dengan nada yang tenang, Dato' Seri Ahmad Durrah membacakan perutusan ringkas daripada Khalifah dengan diintiha dengan nasihat berikut, "Kita telah diuji dengan tindakan kekerasan konco-konco Yahudi. Ingatlah firman Allah, ' Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (Surah al-Baqarah, ayat 120)'. Janganlah kalian futur dengan situasi ini. Innallaha ma'ana. Senantiasa solat Hajat, semoga kita berjaya keluar daripada rintangan ini. Cooperation leads to success."
     Datin Soleyhah yang turut menonton perutusan suami beliau melalui siaran televisyen yang dipancarkan ke parabola penginapannya merasa sebak akan hal yang berlaku di tanah air. Atas kapasiti beliau sebagai isteri KSN, Datin Siti Soleyhah mengadakan pertemuan tertutup bersama Raja UAE bagi memohon bantuan. Urusan berkenaan perbankan berjaya dimeterai, namun amanah yang terpaku di bahu beliau sebagai Ketua Pengarah Urusan (CEO) Bank Rakyat UAE terpaksa diserahkan kepada pembantunya kerana beiau mahu berada di sisi suami. Bagi beliau, biarlah berjihad bersama - syahid pun bersama, insya Allah.
     V
     Berita gempar! Revolusi Islam melanda Indonesia. Mujahidin disana bangkit menggulingkan pemerintah sekular yang ketika itu korup dan saling ampu-mengampu. Mereka bercadang mahu bergabung dengan Malaysia bagi membentuk sebuah empayar pemerintahan yang besar, gigantic size. Dengan beraninya mereka tidak menghiraukan amaran daripada Amerika Syarikat yang akan membekukan aset mereka di seluruh dunia kerana mereka yakin bahawa Allah sentiasa di samping pihak yang benar. Tambahan pula, OIC melalui permintaan kerajaan UAE dengan tangan terbuka menyalurkan dana bagi penstrukturan semula wilayah mereka bersama Malaysia.
     "Brunei Darussalam sedia memberi kerahan tenaga kepada kita. Tentera-tentera kita juga semakin bersemangat apabila mendapat khabar bahawa Indonesia berpihak kepada kita. Maha benar firman Allah, 'Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan memberinya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka [Surah al-Talaq, ayat 2-3]'," kata seorang pegawai pentadbiran kepada para revivalis semasa mesyuarat rahsia kerajaan diadakan di lokasi rahsia. Mereka merancang ingin menawan Singapura berdasarkan perintah Allah,  '...dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu (Surah al-Baqarah, ayat 190)' . Anggota mesyuarat diingatkan supaya tiada kanak-kanak, wanita, orang tua, orang yang sakit mahupun yang tak ikut berperang dianiayai melainkan apabila diserang. Anggota menjalankan baiat sumpah setia sesama mereka bagi mengelakkan berlakunya pengkhianatan dari dalam Khilafah kerana lazimnya Pertubuhan Yahudi Antarabangsa menggunakan pendekatan halus dalam menakluk politik sesebuah negara sepertimana yang pernah dilakukan terhadap Amerika Syarikat, Rusia, dan juga Turki Uthmaniah.
VI

     Semangat jihad bertiup lebat di Nusantara. Zimmiyin menawarkan khidmat mereka kepada Khilafah dalam usaha mendaulatkan kembali ketuanan Islam di bumi Temasik. Semasa menyediakan persiapan perang, Durrah sempat mengungkapkan kata-kata terakhir kepada isteri yang sedang hamil, "Seandainya aku diberi kesempatan untuk beradu lagi di bawah tudung saji bersamamu, ingin sekali aku lihat sayang bunting macam ni lagi - bunting memikul khalifah. Dengarlah, syariat Allah itulah fitrah dan sesungguhnya fitrah adalah perjuanganku, my mawaddah." Durrah mengusap-usap tudung Soleyhah sebelum mereka erat berpelukan seakan-akan tiada bersua lagi.
     Di kampung halaman, Durrah meminta keberangkatan beliau direstui orang tua. "Cukuplah nak, kami mengerti perasaan kamu. Sayulah pulak tengok anak yang dijaga pergi dahulu sebelum kami yang tua ni, but on our everything, the someone that we love may becomes syuhada'. And that's the greatest present that you give to us as we take care of you since you're tiny like mouse. We're proud of you, babe," kata bapa Durrah yang bagaikan berbangga jika beliau syahid di 'bandar singa' itu.

VII


                                                                           
     Episod pengepungan bermula. Tentera Indonesia bersiap siaga di perbatasan Selat Singapura yang meliputi Pulau Batam, Pulau Bentan dan Kepulauan Riau manakala tentera Malaysia bersiap sedia di Selat Tebrau yang mencakupi Johor dan sekitarnya. Mereka membentuk bulatan jemaah yang padu di sepanjang perairan Singapura. Persediaan mental, fizikal mahupun spiritual sudah terisi di dada mereka. Segala kemungkinan mengenai serangan tidak terjangka daripada pihak musuh sudah diramalkan memandangkan musuh menyedari bahawa mereka kini terapit di antara 2 buah wilayah Muslim Nusantara. Berdasarkan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang ditandatangani Singapura bersama Britain, Australia, New Zealand dan Malaysia pada 1971, adalah tidak mustahil bahawa musuh masih dapat menerima bantuan daripada pihak luar terutamanya daripada Amerika Syarikat, Australia atau Britain sekalipun kepungan dilakukan dengan teliti.
     Arahan diberikan serentak melalui pembesar-pembesar suara yang dihalakan ke arah pulau terbabit, "We give 3 choice for you to be free in your own home. Do you want to entering Islam and combine with Khilafah, or you want to surrender peacefully and pay the jizyah to us, or you want to fight with us?" Seusai sudah amaran diberikan, jet-jet pejuang Stealth dari pihak musuh segera menggugurkan bom-bom diatas kem-kem tentera Khilafah. Namun, misil-misil yang musuh lancarkan sempat dipintas oleh daya tarikan magnet-magnet khas yang dipasang berdekatan dengan kem-kem terbabit menyebabkan sasaran musuh berjaya dialihkan. Laungan takbir mujahidin menjadi permulaan serangan balas mereka ke atas serangan tanpa isyarat tentera Singapura.
     Adegan peperangan bermula. Pertempuran hebat berlaku di sekeliling Singapura. Oleh kerana kurang berpengalaman dalam selok-belok peperangan, pihak musuh berjaya memberikan tentangan dengan hebat sekali sehingga menyukarkan usaha para mujahidin untuk menawan 'kota singa'. Tambahan pula, terlihat dari kejauhan akan kelibat kapal-kapal bantuan kepada pihak musuh yang tidak pasti dari manakah puncanya meledakkan misil-misil mereka ke arah kapal-kapal perang tentera mujahidin. Semakin ramai tentera daripada kedua-dua belah pihak gugur di angkasa, di lautan, dan juga di daratan sejak pertempuran bermula. Tembakan demi tembakan, dentuman demi dentuman, semuanya kedengaran seperti bunyi kilat yang sabung-menyabung. Peperangan diteruskan hingga beberapa hari lamanya.
VIII

     Malam yang hening menarik nafas lega Soleyhah. Berdua-duaan dengan anak yang di dalam kandungan, beliau hanyut dibuai bayu laut 'kota singa' di Hotel Pan Oceania yang terletak berdekatan Pulau Sentosa. Dalam mimpi, beliau bertemu dengan secocok tubuh yang disangkakan suami beliau di sebuah ladang pertanian. Lantaran berasa sungguh seronok, wanita itu terus mendakap cocok tubuh tersebut. Namun, terasa kelainan yang semacam apabila beliau memeluk jejaka itu - kecil, tegap dan berkarisma. Jejaka yang terasa dipeluk tadi lantas bersuara, "Assalamualaikum, Mama. Janganlah berasa dangkal dengan kehadiran saya di ladang ini. Inilah ladang yang Papa dan Mama semaikan benih saya. Tertuainya saya dari sini nanti adalah sebagai khalifah, penentang pidana yang akan meneruskan legasi perjuangan Papa yang sekarang sedang menikmati keseronokan di sisi Allah. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(Surah al-Baqarah,ayat 154). Ingat, curahkan kasih dan sayang kepadaku yang selalu mengharap belaianmu ini."
     Mama terjaga daripada tidur - kaget dengan episod yang dialami beliau semasa mimpi tadi. Mujurlah minda atas sedar berjaya  meyakinkan beliau bahawa anak di rahim akan dapat menggantikan tempat suami dalam berjuang menegakkan kalimah Tauhid.
IX
     Sekarang, Datin Siti Soleyhah bertugas sebagai Exco Kewangan dan Pelaburan Singapura. Beliau mengenakan blaus merah dan bertudung bulat yang sepadan dengan pregnant stail hadir ke bangunan pejabat pentadbiran. "Bagaimana saham hari tua yang dilaburkan rakyat? Adakah ianya dilaksanakan mengikut teknik mudhorobah?," soal beliau kepada Pegawai Peribadi (P.A.). Kelihatan dari suatu sudut premis tersebut akan aksi seorang kakitangan kerajaan yang sedang berurusan dengan pelanggannya - seorang nenek tua beragama Budha. Antara kakitangan tersebut dengan pelanggannya terdapat kemesraan yang mudah terjalin, padahal mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.
     Beginilah cara Islam menjaga keharmonian dunia. Kepada orang bukan Islam, Allah membenarkan Muslim melayani mereka dengan baik, bahkan sebarang kepentingan mereka tidak boleh dinafikan selagi mereka tidak meunjukkan pertentangan kepada umat dan negara Islam. Sikap taqarrub ilallah menjadikan  seseorang Muslim itu bersikap tabah dalam mengharungi cabaran hidup.Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat,  Kitab, dan sekalian nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya - sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta, serta untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dalam masa kesakitan, juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Surah al-Baqarah, ayat 177).

Karya ini telah dihasilkan (dan diubahsuai untuk blog ini) semasa memenangi juara Pertandingan Menulis Cerpen bertemakan Pesona Dunia Islam sempena Ekspo Dunia Islam di Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Correct me if I am wrong. Politely please.