Memoir bersama Program Latihan Khidmat Negara

Pada pertengahan tahun 2011, sedang aku dalam preparation for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dikhabarkan bahawa aku dengan several member sekolah yang lain terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 9 Kumpulan 1/2012. Kebimbangan mula terasa pada diri ekoran beberapa kes yang dilaporkan media selain kebimbangan yang ditimbulkan keluarga berhubung keputusan ini. Namun, aku hanya menyerahkan diri kepada Allah agar ditempatkan aku ke kem yang aku boleh survive. Semasa musim peperiksaan SPM, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menempatkan aku di Kem Gambang, Kuantan, Pahang dan diminta mendaftarkan diri ke JLKN pada 1 Januari 2012, jam 9.30 pagi.
Semakan penempatan PLKN melalui SMS


Pendaftaran PLKN di JLKN
Aku bertolak ke kem dengan 2 bas. Aku naik bas dengan jurulatih (gambar) itu. Mula2 apa yang aku expect bila sampai ke kem nanti ialah aku tinggal dalam hutan, berkhemah tepi sungai sambil buat latihan ala-tentera. Tapi bila aku sampai, terkejut gak aku. Lengkap, macam tak duduk dalam hutan.



Pusat Medic
Dewan Makan

Dorm L4
Kelas K4

 
Surau
Pejabat Pengurusan

                                 







Masuk jer pintu pagar, rombongan kami kena spotcheck, takut2 ada membawa barang2 merbahaya. Yang kelakarnya, pelatih2 lain bukan main jujur terus bagi kotak rokok mereka, takut kena tindakan oleh jurulatih. Aku pun x terlepas daripada tindakan ni coz aku terbawa rantai ibu dan permanent marker, tapi tindakannya just dirampas seketika barang2 itu sampai waktu balik rumah. Never mind, it's okay. 

Kemudian, rombongan kami dibawa ke Dewan Makan untuk diberi taklimat tentang kehidupan di kem ini oleh jurulatih yang merupakan Ketua Jurulatih Multiskill. Gayanya cukup mesra sampai buat pelatih senang dengan beliau. Kurang sikit risau pasal kegarangan jurulatih. Rupanya jurulatih2 kat sini cool2 belaka. Jurulatih itu memaklumkan bahawa rombongan kami (dari KL) merupakan yang terawal sekali tiba di kem manakala rombongan dari Selangor, Terengganu dan Kelantan akan menyusul kemudian. Buat sementara waktu, kami (pelatih2 KL) ditempatkan di L1 & L2.

Semua pelatih membuat gaya 1Malaysia semasa Majlis Pelancaran PLKN Siri 9 Kumpulan 1 
Ketua Pengarah JLKN pun ada dalam majlis. Masuk akhbar ni. 




Best juga berkenalan dengan member2 KL semasa penempatan sementara itu. Sekepalalah kan? Tapi itu tidak bertahan lama. Hubungan kami berenggang sedikit bila kami ditempatkan pula mengikut company ekoran ketibaan rombongan dari negeri2 lain. Aku dari company Delta terpaksa berpindah ke L4.
                                                                Ni la Ketua Jurulatih Multiskill, Cikgu Aizal (gambar kiri). Bila aku tengok dia 1st time, teringat aku kat watak Fabian Poncela (gambar kanan) dalam telenovela Bella Calamidades. Ada serupa gaya pacak?
Keadaan dalam dorm baru, L4.
Di dorm baru, aku merapatkan diri dengan ahli company aku. Mereka cukup mesra sampai meriah dorm. Tapi mereka jugalah yang selalu buat hal. Wirawati (panggilan kepada pelatih perempuan) Delta pun 2x5 saja. Walau bagaimanapun, company kami boleh memenangi beberapa acara seperti Kembara Berhalangan, Kawad Kaki, Mendayung rakit, dll. Bangga juga aku dengan company ini sebab kami still boleh enjoy. Ye lah, jurulatih dan staf mana pernah lempang kami. Jurulatih kata pelatih2 ni anak emas negara, so mereka x nak bagi latihan yang berat2 macam tentera. 'Delta nak enjoy, Delta nak happy' (lagu Delta).




Rasa kena panggil Wira merupakan satu penghormatan buatku. Aku memegang jawatan selaku Pemangku Ketua Company Delta, maknanya aku orang ke-3 terpenting dalam Delta (bahagian laki2 jer). Pemangku ni functionnya sebagai menggantikan tempat Ketua Company ataupun Timbalannya jika salah seorang antara mereka kecelakaan. Adalah sekejap aku naik jawatan jadi Timbalan sebab Ketua pergi temu duga biasiswa Universiti Malaya. Timbalan pula naik jawatan jadi Ketua. Lepas Ketua balik aku pun turun jawatan balik. Reda jer lah.
Ni pangkat Penolong Ketua Company. Pemangku punya xde. Sedih.
Ni pangkat Ketua Company.



"Kau jangan berbagai2 wira," warning ustaz.
Ni pula kisah sepanjang program kerohanian berlangsung. "Kau jangan berbagai2 wira","Kau ukur padang kawad", itulah trendmark seorang staf yang menjadi Ketua Kor Agama Kem PLKN Gambang. Namanya Ustaz Sifardin bin Ibrahim (atas). Trendmark beliau selalu diajuk2 pelatih. Nak dijadikan cerita, tension kami dibuatnya. Nak sembahyang kena beratur, seorang buat salah seluruh company kena denda. Weekend kami pula terpaksa berlatih untuk pertandingan pentomin tokoh Islam untuk Persembahan Kerohanian pada 8 Mac 2012. Walaupun kalah, okayla dapat saguhati. Tokoh yang Delta pilih ialah Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Semenjak berlatih pentomin aku dapat tahu cerita lebih lanjut tentang riwayat tokoh ini. Apepun, aku respect sama ustaz sebab beliau jaga sembahyang pelatih. Teruskan agenda mulia ustaz! جهاد في سبيل الله.

Latihan persembahan pentomin. Gambar pertandingan sebenar tidak dapat ditangkap kerana handphone di tangan pihak pejabat pengurusan. Handphone akan diserahkan pada setiap Sabtu, 5 petang hingga Ahad, 5 petang.

Berada dalam kelas macam masuk tadika. Jadi budak2 pula. Modul2 yang dijalankan bosan2 belaka sampai pelatih2 rela tidur dalam kelas. Tapi, bila disemak kandungan modul tu, memang bawa manfaat, naik semangat patriotik aku. Program paling best pun ialah Modul Kenegaraan, dapat main jaga negara dan serang musuh. Wow, memang macam perang sampai ada yang cedera. Mujurlah x guna senjata.




Berkenaan latihan fizikal pula, mencabar jugalah. Yang paling mencabar adalah Wirajaya. Jurulatih Physical Training yang conduct latihan sebegini. Agak malang buat kami sebab terpaksa laksanakan Wirajaya dalam hujan. Solat Medan yang dirancang ustaz x dapat dilaksanakan dengan jayanya ekoran cuaca ni. Ramai yang sanggup kembali ke surau di kem untuk sembahyang fardu cara biasa. Pengalaman kena hisap darah dengan pacat memang x dapat aku lupakan semasa survival dalam hutan. Terkangkang-kangkang aku datang ke Pusat Medik sebab peha & lutut aku kena hisap. Ngeri! Berkenaan aktiviti Kembara Berhalangan pula, pelatih perlu melepasi beberapa halangan yang dibina dengan kerjasama sesama ahli company. Delta dapat no. 2 dalam aktiviti ini. Delta... GO!Go!Go!
                                                                                                                                       Antara aktiviti semasa Kembara Berhalangan. Amacam? Senang?

Kami menjalankan Modul Khidmat Komuniti dengan menghadiri Upacara Pelancaran Briged Sukarelawan Khidmat Negara di Pekan, Pahang. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri ke-6, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Dapat peluang tengok PM dan isteri, sebelum2 ini tengok kat TV & Internet jer. Selain itu, kami mengadakan lawatan kerja amal bersama penduduk di Kampung Paya Bungor. Delta dan Bravo diarahkan supaya membersihkan halaman kubur. Memang memberikan keinsafan bila tengok 1 per 1 kubur. Macam2 panjang kubur boleh dilihat. Itu tandanya mati itu x semestinya datang masa hari tua.



1 hari sebelum pulang, Majlis Penutup diadakan dari pagi ke malam. Memang seronok. Memori terakhir kami bersama diabadikan dalam handphone masing2. Perbarisan tamat latihan dan penyerahan semula pangkat pada waktu pagi, penyerahan sijil PLKN pada waktu petang, persembahan penutup pada malamnya. Esok (17 Mac 2012), rombongan KL bertolak pulang pukul 1 petang, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan pada hari tu sebab jurulatih kata,"Kami x mahu simpan kamu lama2." Yeah!Yahoo! Tamat latihan. Jadi, join PLKN ni x ada la ngeri pun. Apa nak ditakutkan? Cubalah kalau dah terpilih. Rasai pengalaman ala-tentera disini.

Cikgu Aizal membuat persembahan karokae semasa Malam Penutup.
Menu masa Malam Penutup. Kembung perut dibuatnya.


Cheers! Itulah bendera Delta@Langkasuka bermaskot helang yang berkepala merah dan berparuh kuning.  Smart Delta. 
Pelatih membaling beret masing2 sebaik selesai penyerahan semula  pangkat kepada pihak kem. 
Berdasarkan pengalaman sebenar ketika penulis blog menyertai kem PLKN Siri 9 di Kuantan, Pahang.
 


1 ulasan:

Correct me if I am wrong. Politely please.