Ke Arah Menggapai Lesen D


Di sinilah tempat aku belajar memandu, di Lembah Keramat, Selangor.



19 Mac 2012, seusai 2 hari daripada tamatnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 9 Kumpulan 1, aku mengambil keputusan untuk belajar memandu - seperti yang dijanjikan kedua-dua orang tuaku. Mungkin lebih baik kiranya aku lepak-lepak jap lepas tamat kem, tapi mengenangkan diri yang bakal melanjutkan pengajian ke menara gading, cukuplah 18 Mac tu sebagai tarikh rehat aku.
Ni IMKL. Sekolah Memandu Samudra tak de litar sebenarnya. Jadi, itulah sebabnya kenapa aku dihantar belajar di sini.
     Bermula dari peringkat bawah, sekolah (atas) hantar aku jalani Kursus Penilaian Memandu (KPP) selama 5 jam di Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL) (bawah) di Setapak, Kuala Lumpur. KPP merupakan sebahagian daripada birokrasi yang perlu dilalui bakal pemandu jalan raya. Berikut adalah birokrasinya:
Bahagian
Ujian / Kursus
Tempoh
Waktu bertindak
Catatan

KPP
5 Jam
Bila-bila lepas
daftarkan diri ke sekolah.

I
Ujian Undang-
undang
Berkomputer
1 Jam
Dalam 1 bulan
selepas KPP.
ujian buta warna, ujian
huruf, nombor, warna dan undang- undang jalan raya. Skor 42/50!

Kursus Pra-L
3
Jam Taklimat +
3 Jam Test
Drive
Sesudah lulus
Bahagian I.
Lesen L akan diberikan.

BelajarMemandu
Minima 10
Jam (Boleh dibahagikan tempoh ini)
Apabila Lesen L
diperoleh.
Persediaan untuk menghadapi
Ujian Memandu Percubaan JPJ.

Ujian Praktikal JPJ

Habis minima 10
jam BelajarMemandu
Kelayakan untuk menduduki
Ujian Memandu Percubaan JPJ.
II & III
Ujian Memandu
Percubaan JPJ

Kalau dianggap layak
menduduki ujian ini oleh tester semasa ujian praktikal.
Ujian bukit, 3 penjuru, parking, Ujian
jalanraya. Jika lulus, Lesen P
akan diberikan.
IMKL
Selain itu, kalau nak masuk ujian/kursus, biasanya kena ikut 2 syarat ni:

  • Bawa kad pengenalan (IC)
  • Pakai sopan, berkasut
...serta dokumen berkaitan yang diperlukan. Kalau tak ikut syarat ni, kena halau.

Masa KPP, cikgu bagitau tentang Bahagian I : Ujian Undang-undang Berkomputer. Ada 50 soalan jer. Jangan risau, semua soalan ni bocor-bocor belaka. Confirm boleh jawab kalau hafal bentuk soalan-soalan ni, Insya Allah. Guru memandu akan bagi sebuah buku mengenai Keselamatan Jalan Raya, kat dalamnya ada kesemua 50 soalan serta jawapan sekali selain terkandung ilmu tentang keselamatan jalan raya. Kalau nak merasa jawab dalam komputer, download sini. Tapi ni bukan software yang akan dipakai semasa ujian nanti tau! Aku ambil masa seminggu untuk prepare ujian ini. Korang bagaimana?

Lulus ujian berkomputer, masuk lah pula ke Kelas Pra-L. 3 jam dengar taklimat pasal pemanduan berhemah. Mungkin bosan, tapi kalau dapat cikgu lawak macam aku dapat, memang tak kering gusi lah.

Habis 3 jam tadi, cikgu akan ajar benda basic pasal penjagaan kereta. Lepas tu, diajar pula cara-cara asas nak menggerakkan kereta. Bila dah master benda-benda basic ni, barulah boleh belajar memandu. Nak isi pam tayar & minyak enjin pun diajar.

OK, sekarang ni nak cerita bab belajar memandu. Untuk layak menduduki ujian memandu JPJ, kena belajar minima 10 jam. Nak tahu apa yang perlu belajar?

Mendaki bukit. Sesudah sampai kat puncak, brek. Lepas tu, turun.

Tiga Penjuru. Parking jap, lepas tu keluar semula. Macam gaya termasuk ke jalan mati.

Jalan Raya. Ada laluannya. Bukannya main lalu jer.
Parking. Guna buntut tau!
Kalau rasa tak yakin boleh tambah masa, tapi masa tu kan emas. Maknanya tambah fee. Aku pun tambah masa gak: 2 jam. Belajar memandu ni bukanlah straight 10 jam. Boleh buat appointment dengan guru 2 jam sehari ke, 1 jam seminggu ke, atau apa-apa cara pun korang nak kerat 10 jam tu.
 
Rasanya still tak sedia, tapi aku terus ambil Ujian Praktikal JPJ (Pra-L). Testernya ialah guru IMKL. Alhamdulillah, aku pass dengan mudah sebab waktu tu dah dekat dengan Solat Jumaat. Jadi, tester suruh aku pandu cepat-cepat, tak payah fikir pasal undang-undang sangat.
 
To the final countdown...trrt trrt trrt trrrt. 17 Mei 2012, berdebar-debar menunggu turn kena test. Dengar cerita JPJ tester garang - cuak jugak aku. Tapi alhamdulillah, memang aku ditakdirkan lulus. Petang hari barulah aku kena test. Tester pun nak balik kerja gak. Jadi tester buat kiraan mudah kat aku. Ramai member lain yang kena lalu lorong shortcut semasa ujian jalanraya. Korang berdoalah agar dapat petang, tapi bukan lewat petang sebab waktu puncak - sesak jalan sebab orang balik kerja. Fuh...kesian aku tengok kereta lain buli kereta JPJ masa tu.
Turn aku. Giliran memang 14 - awal, tapi tengoklah sesi berapa?

Result Ujian Bahagian I
Result Ujian Bahagian II...17/20. Markah lulus:16.

 
Begitulah ceritanya. 2 bulan aku ambil masa untuk habiskan ujian. Akhirnya aku dapat lesen P...yahoo! Mujur aku dapat settlekan perkara ini sebelum memasuki asasi yang biasanya pada 27 Mei. Tapi asasi aku pada 23 Mei! Fuh, sempat...sempat. Sekurang-kurangnya masa renggang lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tak disia-siakan. Sekitar 2014, Insya Allah, aku akan dapat lesen D yang memberikan kuasa autoriti kepada aku untuk memandu di jalan raya.

 
Berdasarkan pengalaman sebenar penulis blog semasa mengikuti kursus memandu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Correct me if I am wrong. Politely please.