Kerap kali orang datang berjumpa penulis meminta supaya memformatkan komputer mereka. Apabila diminta sebab, mereka bagi alasan umum seperti "...macam kena virus", "...rasa 'berat'", "Entah la bla bla...". Dalam kepala mereka format sahaja jalan penyelesaian, seperti mematikan orang yang tak sedar2 diri namun masih bernadi kerana tidak mahu menyeksa mayat, padahal dengan teknologi yang ada masa kini memberi harapan untuk menyelamatkan orang koma itu. Tak dinafikan ada yang mengucap "Tolong tengok2kan laptop aku." - ucapan ini membuatkan aku puas hati lagi murah hati nak tolong.
Biasanya aku akan cuba elak daripada memformat sedaya upaya aku lalu sanggup mencari jalan penyelesaian yang rumit:
Beginilah. Sedikit nasihat penulis berkenaan penjagaan keselamatan komputer:
Kalau ada hujah yang boleh atasi rasa serik penulis menggunakan teknik backup and restore data, silakan komen. Penulis juga ada menyediakan perkhidmatan membaiki masalah software pada komputer, asal bukan keluaran Apple. Jika mahu, boleh cuba mula chat melalui Hangout menggunakan ID Google+ penulis. Whatsapp kurang prefer sebab malas nak simpan nombor telefon, melainkan kalian yang mulakan mesej dulu...hehe. Ingat, jangan mintak format! Eh, gurau jer. Kalau pinta upgrade Windows mestilah dengan memformat bukan?
Biasanya aku akan cuba elak daripada memformat sedaya upaya aku lalu sanggup mencari jalan penyelesaian yang rumit:
- Memformat itu semudah backup data, format dan restore balik data. Cara begini begitu memudahkan kerja tukang format kerana tidak perlu bersusah payah mencari perisian dan driver yang telah dipasang. Namun setakat pengalaman penulis, data yang direstore umpama sampah kerana:
- Sesetengah perisian dan driver tidak serasi dengan Windows versi pasca-format, lebih2 lagi memformat menggunakan Windows versi yang lain daripada sebelum format. Jadi kerja juga untuk mencari semula di internet dan memasang semula seperti aplikasi2 Adobe dan Microsoft Office serta driver Bluetooth, WiFi, kamera. Cara ini hanya berkesan untuk perisian permainan kerana dengan mengklik fail .exe sudah cukup bagi menjalankan permainan tanpa memasang.
- Mencari semula satu-persatu aplikasi2 serta driver2 bersesuaian dengan Windows yang dipasang tidak sesukar yang disangka. Kini syarikat2 pembuat komputer menyediakan support atas talian yang mana mereka telah menyediakan senarai lengkap beserta pautan untuk memuat turun 'barang2 keperluan' yang kita mahukan dengan hanya menaip sahaja model komputer. Satu lagi medium support mereka adalah menyediakan cakera padat (CD) yang mengandungi driver2 asas yang diterima sekali ketika membeli komputer. Jika tidak serasi juga, kalian boleh mengagak untuk mencari perisian yang menjalankan fungsi yang equivalent.
- Kalau kes terjangkit virus. Dengan merestore data ke Windows baru bukankah menjangkitkan kembali virus ke dalam komputer?
- Saja nak fix ikut jalan susah sebab nak juga berkenalan dengan perisian2 yang kalian gunakan.
- Yang sebenarnya fail2 dokumen dan media yang hendak diselamatkan memang tidak dibuang ketika format dijalankan kerana ada ditempatkan. Selepas format, boleh cari fail di direktori C:\Windows.old.
- Buat sampah pada cakera keras (hard disk). Menjadi 1 perkara yang leceh untuk membuang fail backup dari cakera setelah selesai memformat, lebih2 lagi kalau susunan fail berselerak dalam cakera tu - jenuh nak mencari. Andai tak dibuang, dia makan ruang bergiga bait cakera keras sampaikan barang lain tak muat nak simpan.
- Bukan rumit mana pun kadang2 masalah.
- Berpunca daripada jangkitan virus. Masuk dahulu ke safe mode, baru basmi jangkitan. Biasanya semudah menjalankan scan penuh menggunakan antivirus dengan boot ke safe mode. Cuma sesetengah kes memang perlu lebih daripada langkah ini. Lepas tu, clean sudah.
- Komputer lagging. Gunakan aplikasi pembersih. Nyahpasang aplikasi2 yang tak perlu. Cuba tengok di bahagian nyahpasang bawah Control Panel, kekadang ada tersenarai aplikasi2 yang kita tak jangka pun terpasang seperti aplikasi membeli-belah, dsb. Satu lagi sebab dia jam ialah kerana hardware, yakni kipas komputer banyak habuk sampaikan pusing tak laju, kes ini pergi cuci.
- Surfing terganggu dengan pop-up berkali2. Buka tetapan, klik 'setkan semula (nama browser ) ke tetapan asal/lalai'.
- Format cara aku menggunakan Windows original tetapi yang dicrack pengaktifannnya. Sesetengah versi Windows godamannya cuma bertahan 180 hari sebelum menjadi tidak aktif semula. Nanti bila desktop warna hitam saja kemudian datang berjumpa semata2 untuk pengaktifan Windows, leceh kan? Itu sebab aku tak prefer format sebab komputer yang dibeli memang pengaktifan penuh siap diterterakan product key pada bawah laptop. Windows yang activated boleh kita ubah apa2 sahaja background desktop. Jadi rugi la kalau mintak aku formatkan. Melainkan anda ada beli product key baru, baru mai jumpak aku. Kalau tak kesah desktop buruk pun boleh mai jumpak kalau bermasalah. Sebenarnya tak ada apa2 limitation pun jika Windows sudah tidak aktif.
Beginilah. Sedikit nasihat penulis berkenaan penjagaan keselamatan komputer:
- Kurangkan menghantar pos gambar diri ke media sosial terutamanya dalam gaya swafoto. Ingat, orang berkenan/dengki boleh kirim sihir melalui gambar. Itu belum lagi kes crop gambar menggunakan Photoshop.
- Elakkan menyimpan maklumat diri di alam maya walaupun pada laman perkongsian fail yang terprivasi. Dalam internet tiada teknologi yang terjamin secure 100%.
- Pasang aplikasi pencegah virus autorun yang jenis boleh boot sekali semasa startup. Kebanyakan antivirus biasa kurang sensitif dalam mengesan virus autorun ketika pemacu pena (pen drive) dicucuk ke komputer. Paling power pun, antivirus akan jalankan scan penuh yang sudah tentu memakan masa bergantung kepada jumlah kandungan pemacu. Kalau anda kaki crack, habis semua barang godaman dibuang padahal itu adalah virus baik. Aplikasi pencegah autorun hanya mengesan virus autorun. Jadi, dengan kemampuan dia yang sedikit ini tiada masalah jika hendak dijalankan beriringan dengan antivirus sedia ada, Jika terjumpa fail2 pelik selepas scan, jangan klik. Kadangkala aplikasi ini just engulf the virus, so kita yang kena buang sendiri,
- Pakai Rangkaian Persendirian Maya (VPN) ketika melakukan transaksi atas talian. Lebih terjamin selamat daripada disonglap penggodam.
- Bersih2kanlah komputer tu secara berkala. Gunalah perisian2 cleaner dan defragmenter.
- Sinar biru dari komputer merosakkan mata untuk jangka masa panjang. Kawal2lah brightness.
- Posisi meletakkan laptop adalah sama dengan memposisikan mushaf al-Qur'an. Kiranya jangan letak apa2 di atasnya, ditakuti lama-kelamaan skrin akan bergegar macam televisyen lama.
- Nyahplag bateri apabila sudah dicas penuh. Andai cas lama2 bateri telefon bimbit nanti bateri kembung, cas lama2 bateri laptop menyebabkan bateri tidak boleh menyimpan cas lagi a.k.a. rosak.
- Lebih baik sediakan kipas external. Dan jangan letak laptop di tempat2 yang boleh menghalang pengudaraan pada lohong2 bawah laptop seperti di atas tilam, kain, sofa.
Kalau ada hujah yang boleh atasi rasa serik penulis menggunakan teknik backup and restore data, silakan komen. Penulis juga ada menyediakan perkhidmatan membaiki masalah software pada komputer, asal bukan keluaran Apple. Jika mahu, boleh cuba mula chat melalui Hangout menggunakan ID Google+ penulis. Whatsapp kurang prefer sebab malas nak simpan nombor telefon, melainkan kalian yang mulakan mesej dulu...hehe. Ingat, jangan mintak format! Eh, gurau jer. Kalau pinta upgrade Windows mestilah dengan memformat bukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Correct me if I am wrong. Politely please.