Fair Usage Policy (FUP) atau Dasar Penggunaan Adil yang dianggap menjadi alasan syarikat penyedia perkhidmatan (Internet Service Provider atau ISP) memperlahankan kelajuan / menyekat internet setelah penggunaan selain menyekat laman-laman perkongsian fail tertentu. Contoh, pelan internet dgn quota kelajuan tinggi 1.5GB (setelah itu diperlahankan ke 64kbps) serta tidak boleh memuat turun secara peer-to-peer (p2p seperti Torrent).
Perlu difahami bahawa menara pemancar adalah seperti modem router di tempat makan, pusat membeli-belah dan premis-premis lain; bila ramai sangat yang guna akan jadi perlahan kelajuan internet. Dan ini adalah apa yang kita selalu dengar sebagai bandwidth, iaitu volume data yang dapat ditransfer bagi setiap unit waktu. Tidak seperti modem router di premis-premis, menara pemancar mempunyai bandwidth yang jauh lebih besar. Itupun perlu difahami bahawa bandwith menara itu akan sampai kepada limitnya jua sebab yang menggunakannya adalah 1 bandar yang berpenduduk beribu-ribu orang.
Dalam konteks Malaysia, secara umumnya Huawei menguruskan kesemua alat2 perhubungan telekomunikasi ini. Bermula daripada pemancar hingga ke modem router / jalur lebar. Pemancar menggunakan sistem Evolusi Jangka Panjang (LTE) yang mampu menampung pengguna sehingga 10000 dalam satu2 masa. Pemancar LTE dipilih bagi menyokong talian 4G, namun pancaran hanya selingkung 4-5km sahaja, menjadikan hanya 3G sahaja yang stabil berbanding 2G dan 4G, sementara talian 1G dihapuskan sekitar awal 2000-an kerana talian tidak menyokong pemindahan data.
Modem router sendiri cedok data internet daripada menara pemancar jugak. |
"Tak guna punya telco, aku tak buat apa-apa pun kuota cepat makan. Itu sebab aku tukar kepada telco baru." Ada yang akan menyarankan supaya offkan sahaja mobile data bila tidak digunakan, atau setkan highest connection kepada 2G, atau kill aplikasi-aplikasi yang makan kuota di background. Sebenarnya cara penyedia perkhidmatan internet (ISP) mengira kuota penggunaan internet adalah berbeza-beza. Fahaman bahawa 1000kB=1MB adalah telalu umum. Secara tepat:
1kB = 1024Bait
1MB = 1024kB = 1,048,576Bait
Dasar FUP yang mencengkam kepuasan pengguna melayari internet sebenarnya merupakan masalah global. Walau di negara-negara maju mereka menggunakan generasi internet yang lebih maju seperti 4G LTE dan 5G, tetapi itu tidak lebih sekadar kelajuan bagi meningkatkan kepuasan pengguna apabila melayari internet bilamana membeli pelan kuota tambahan (data add-on). Dengan diperkenalkan dasar ini, ISP berharap agar dapat memberi kepuasan melayari internet yang sama-rata kepada SEMUA (bukan sorang2) pengguna mengikut kadar langganan mereka; langgan lebih dapat lebih, langgan kurang dapat kurang.
Daripada menghentam ISP yang dilihat gagal menangani kepuasan pengguna, moleklah kiranya kita berdoa & berharap ahli sains dapat invent suatu bahan yang boleh menampung bandwidth hingga ke tahap infiniti; dalam erti kata lain, pengaliran trafik data yang unlimited. Buat masa sekarang, segala data yang wujud dalam pemancar adalah dalam bentuk elektron. Kajian terkini menunjukkan yang foton (paket cahaya) mampu membawa data, ini bermakna lebih banyak data berpotensi mampu dimuatkan dalam satu-satu bandwidth sekiranya menggunakan foton ketimbang menggunakan elektron. Ini kerana saiz foton yang lebih kecil berbanding saiz elektron. Akan tetapi, transfer data menggunakan foton ini hanya menjadi sekiranya foton ini mempunyai medium untuk mengalir seperti gentian kaca, bukan wayarles. Itu sebabnya buat masa ini hanya home internet sahaja yang mampu menggunakan data dalam bentuk ini kerana internet dibekalkan melalui gentian kaca.
Pen drive, hard disk, semuanya menyimpan data dalam bentuk karbon. 1 atom karbon = 3 karakter (abjad/angka). "Storage full, tapi angkat pen drive tak berat-berat pun. Haha..." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Correct me if I am wrong. Politely please.