Ketamadunan Manusia, Berapakah Jangkamasanya?



Allah berfirman: “Turunlah kamu (Adam & Hawa) sekalian, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”. Allah berfirman (lagi): “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.   [Al-Qur'an:7:24&25]




Dipercayai sebelum bertemu di Jabal Rahmah, menurut riwayat Ibn Asakir yang diperoleh daripada Ibn Abbas, Nabi Adam a.s. turun di tanah Hindustan manakala Hawa di Jeddah sebelum mereka dipertemukan di Jabal Rahmah, Arafah, Arab  Saudi setelah pencarian selama 40 tahun. Sebelumnya,  mereka menetap di syurga untuk tempoh 500 tahun (1/2 hari mengikut kiraan kalendar akhirat).

Maka bermulalah ketamadunan manusia di atas muka bumi setelah Allah mengeluarkan Nabi Adam a.s. & Hawa dari syurga. Seperti manusia biasa, mereka bercucuk tanam, memburu binatang dan melahirkan zuriat seramai 99 orang. Sebagai seorang rasul, Nabi Adam mengajarkan ilmu wahyu kepada keluarganya sebagai pedoman hidup yang dianugerahinya daripada Allah. Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. [Al-Qur'an:2:31]

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu) dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [Al-Qur'an:2:213]

Generasi demi generasi, komuniti manusia ini bermigrasi secara berkelompok ke pelbagai arah di seluruh pelusuk bumi akibat tekanan populasi dan penindasan. Pengaruh agama dan budaya daripada wilayah asal semakin berkurangan seiring dengan faktor masa dan geografi kawasan yang diteroka hinggakan kelompok-kelompok ini melahirkan kebudayaan yang saling berbeza antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka saling berhubung melalui kegiatan perdagangan, perkongsian teknologi, perkahwinan, penaklukan dan lain-lain. Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. [Al-Qur'an:49:13].

Kajian sains mengatakan bahawa bumi sudah berusia 4.5 bilion tahun. Namun, berapakah tempoh peradaban manusia?

'Cicak yang dahsyat' atau dinasor dalam bahasa Greek dipercayai pernah mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu.

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad s.a.w.),”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda s.a.w. menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda s.a.w. menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda s.a.w. menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda s.a.w. menjawab,”315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercaya. [Riwayat al-Tabrani]

'10 abad' yang dinyatakan oleh junjungan barangkali membawa makna 10000 tahun memandangkan generasi Adam & beberapa generasi selepasnya berumur panjang dan berbadan besar. Sabda Rasullulah s.a.w.: “Allah menciptakan Adam dengan tinggi 60 hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“. Berbanding dengan umur umat terdahulu, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah saw telah bersabda: "Umur umatku antara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu." [Riwayat al-Tirmidzi]


Replika baju Nabi Adam a.s ini dibuat di Jeddah, Arab Saudi oleh Hamdan al-Mas'udy dengan dibantu oleh 4 orang penjahit. Berukuran tinggi 29 meter dan lebar 12 meter.


“Perumpamaan antara umat Islam dan umat Yahudi serta umat Kristian adalah seperti seorang lelaki kaya yang mengupah suatu kaum (Yahudi) untuk melakukan sebuah pekerjaan untuknya sampai malam. Akan tetapi kaum tersebut hanya bekerja sampai tengah hari. Dan mereka berkata kepada laki-laki tersebut, ‘Kami tidak memerlukan gaji yang kamu berikan.’ Kemudian laki-laki itu mengupah suatu kaum yang lain (Kristian) seraya berkata, ‘Sempurnakanlah pekerjaan ini sampai selesai hari ini juga, dan kamu akan mendapatkan gaji seperti yang aku syaratkan. Kemudian kaum tersebut hanya bekerja sampai waktu sembahyang Asar dan berkata, ‘Ambillah olehmu akan apa-apa yang kami kerjakan.’ Kemudian laki-laki tersebut mengupah suatu kaum yang lain (Islam),dan mereka pun bekerja sampai penuh hari tersebut, sehingga terbenam matahari. Dan mereka mendapatkan gaji atas dua kaum sebelum mereka (Yahudi & Kristian).” [Riwayat al-Bukhari]

Bagi menerangkan hadis ini, Ibn Hajar menulis di dalam kitab Fathul Bari, 'Sesungguhnya para sejarawan telah bersepakat bahwa masa kaum Yahudi hingga diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih dari 2000 tahun, adapun masa (umur) umat Kristian dari masa itu adalah 600 tahun, dan dikatakan lebih sedikit. Sehingga umur umat Islam secara pasti lebih dari 1000 tahun.' Sementara umur umat Kristian diambil daripada Salman al-Farisi ia bercerita bahawa “Masa-masa kosong antara Isa dan Muhammad adalah selama 600 tahun”. [Hadis mauquf riwayat al-Bukhari].
                        

Zaman
Tempoh
Adam - Nuh
10 abad
Nuh - Ibrahim
10 abad
Ibrahim - Musa
?
Musa - Muhammad
2000 tahun ++
Isa - Muhammad
600 tahun+
Muhammad - kini
14xx tahun
Menurut kepercayaan orang Muslim, dakwah Nabi Musa a.s. telah diseleweng oleh golongan sesat menjadikan ajaran itu kini dikenali sebagai agama Yahudi manakala dakwah Nabi Isa a.s. pula telah diseleweng sehingga ajaran itu dinamai Kristian pada hari ini. Berdasarkan nash (نَصٌّ) yang ada, tidak terdapat maklumat mengenai tempoh antara zaman Nabi Ibrahim a.s. hingga Nabi Musa a.s. (zaman disusun mengikut susunan 25 rasul yang wajib diketahui). Kiraan tahun adalah menggunakan kalender Hijrah. Adapun dalil-dalil nash yang tidak kuat, sumber-sumber israeliyat tidak terpakai dalam merungkap perihal ini. Dengan terzahirnya kiraan ini, segala penemuan prasejarah manusia dari ribuan tahun ke jutaan tahun lalu dapat dianggap relevan dek tiada angka yang tepat bagi menyatakan umur ketamadunan manusia di atas muka bumi. Tambahan pula, tidak diketahui bila Adam dan Hawa diturunkan dari syurga. Ironinya, Islam tidak akan lari daripada kajian sains.
Berkenaan sesetengah pendapat mengenai kewujudan makhluk sebelum manusia sebagai khalifah di dunia yang mereka tafsirkan daripada firman Allah:  Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. [al-Quran:2:30], hujah seperti ini mempunyai kekuatan tersendiri serta turut disokong oleh sebilangan sarjana Muslim.

Golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia. Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As,Jin diciptakan pada 2000 tahun sebelum Adam.” Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata, Jin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam.”
Kepada mereka yang menyokong pendapat bahawa ketamadunan manusia sudah berusia begitu & begini, dengan mengelaskan penemuan arkeologi manusia purba yang ditemui lebih tua daripada pendapat yang dipegang kepada 'makhluk sebelum manusia' secara melulu, adalah tidak adil kerana ciri fizikal yang ahli arkeologi temui pada rangka manusia menunjukkan rangka terbabit masih daripada spesis 'homo sapiens'. Jika terdapat perbezaan fizikal sekalipun, sesetengah fosil yang ditemui tidak begitu ketara berbanding manusia hari ini.

Penulis tiada upaya bagi menimbangkan usia umat Nabi Muhammad hingga Hari Kiamat kerana Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesunganguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia." [al-Qur'an:7:187]. Adapun tanggalnya yang dirakamkan dalam nash syarak hanyalah 'hari'. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat. Padanya Adam dijadikan, Adam dimasuk dan dikeluarkan dari Syurga. Tidak berlakunya hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat." [Riwayat al-Tirmidzi]

Zaman
Waktu
  Kini – kiamat
  Sekarang - hari Jumaat yang entah bila


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Correct me if I am wrong. Politely please.