Ke Arah Menggapai Lesen B

Tahun 2024, aku melakukan anjakan paradigma dalam hala tuju perjalanan kerjaya. Aku meletak jawatan di sebuah kilang pembuatan automotif pada Ogos setelah beberapa bulan menyandang jawatan sebagai eksekutif. Sebelumnya, aku bekerja jauh di ibu kota dalam bidang teknikal yang memerlukan aku untuk bangun begitu awal dan menghanguskan ratusan ringgit sebulan untuk pengangkutan.

Lesen memandu sebelum zaman Madani. Lawa kanRenew D sama sahaja harganya dengan renew B2, D, lol.

Aku enggan mengambil lesen motosikal selama ini meskipun ramai yang menyuruhku ambil. Aku guna alasan ibu tidak bagi bawa motor. Padahal, aku tidak mahu komitmen lesen aku bertambah. Aku tidak ingat dengan siapa aku berbual. Namun, darinya baru dapat tahu bahawasanya memperbaharui 1 kelas lesen memandu persendirian sama sahaja harganya dengan memperbaharui banyak kelas. Jadi, waktu lapang yang ada pada penghujung Ogos, memang aku tidak lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri ke kelas latihan menunggang B2 sementara mencari pekerjaan baharu.

Usai tunjuk lesen D aku, kerani sekolah memandu terus memaklumkan tarikh kekosongan yang ada untuk kelas latihan jalan raya (KPP02 & KPP03). Tidak perlu lagi menduduki ujian berkomputer (KPP01), lesen L diberi dalam jangkamasa 10 hari.

Tidak semena2 aku mendapat pekerjaan baru di sebuah syarikat merawat air mentah selang 2 minggu aku menganggur. Pada hari ke-2 bekerja, barulah aku membuka mulut mengenai kelas memandu kepada Sumber Manusia (HR). Beliau menasihati aku supaya ditetapkan tarikh kelas2 straight seminggu dalam bulan September untuk KPP02 & KPP03, kerana pekerjaanku kini memerlukan aku untuk outstation.

Institut Memandu Kami, Sg. Choh, Rawang, Selangor.

Menghadiri kelas pada hari pertama terasa sangat kekok apabila dikehendaki terus membawa motosikal. CITTO (Cermin, Isyarat, Titik buta, Olah gerak)? RPM (Rutin Pemeriksaan Motorsikal)? RSM (Rutin Sebelum Menunggang)? Maklumlah, mana hadir kelas Ujian pra-L sebelumnya untuk mendengar taklimat berkenaan menunggang. Last hadir ke kelas pra-L pun, sedekad lalu deh. Mana nak ingat pasal keselamatan jalan raya sangat. Lagipun, masa tu lebih fokus kepada pemanduan kereta. Namun, dengan ajaran berulang kali oleh cikgu, dapat juga aku tangkap apa yang patut dibuat. Tenaga pengajarnya sejenis lepas tangan; hanya memantau longgokan anak murid menunggang di jalan raya dari jauh. Tidak seperti cikgu memandu kereta yang memfokuskan anak murid seorang tu satu2 sesi. Teman2 sekelas aku juga sedikit sebanyak mengajarkan aku akan tips yang mereka dapat ketika kelas KPP01 tentang ujian jalan raya.
   
Buat nota di aplikasi Google Keep. Termasuklah dialog yang harus diucap sewaktu RPM sebijik2.

Ujian pra-P-ku ditetapkan pada hujung minggunya. Kelihatan ramai sekali pelajar yang datang sehingga motorsikal untuk belajar hampir habis digunakan. Tidak seperti hari bekerja yang kelihatan agak lengang. Walaupun 'pra', ujian dikendalikan oleh seorang guru sekolah merangkap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau diikutkan, aku tidak lepas ujian titi 7 saat. Namun, pak cik JPJ baik hati memberi peluang kepadaku untuk mengulang kembali. Begitu juga dengan calon lain yang mengalami kegagalan serupa. Dia juga tidak sombong apabila diajukan pertanyaan. Usai test, guru memaklumkan mengenai ciri2 topi keledar yang patut digunakan semasa ujian sebulan dari hari ini. Dia juga memaklumkan bahawa pelajar boleh datang berlatih unlimited times. Jadi, bila mana aku tidak outstation, aku hadir ke sekolah pada hujung minggu untuk berlatih.

Teringat dahulu waktu ambil lesen kereta, guna Perodua Kancil lama. Rata2 anak muda sekarang ambil lesen D automatik. RPM mereka lagi naya berbanding motor; zaman aku dulu mana ada checkbody kereta.

Hari ujian telah tiba. Aku calon 001 beb! Mungkin sebab aku orang paling awal pilih tarikh ujian tersebut yang kira2 sebulan seminggu dari tarikh aku hadap ujian pra-P, ditambah lagi dengan kehadiran calon luar yang semestinya akan diberi nombor yang lebih kemudian. Calon yang datang kali ini pegawai JPJ kata tidak ramai. Kami habis diuji semuanya sebelum tengah hari. Bahkan, aku boleh pulang sebelum semua calon habis. Memang kekok la bila menjadi yang terawal. Melepasi ujian titi, aku saja tunggu arahan daripada pegawai JPJ di menara pondok untuk melalui 7 kon secara zig-zag. Sekali dia sound guna corong, "Kan tadi dah bagi taklimat?" Tanpa teragak2, aku rem jalani ujian2 seterusnya seyakininya. Keadaan menjadi agak spoil sewaktu ujian KPP03 apabila ada sebuah kereta bertukar pemandu di suatu garisan berhenti. Aku yang asalnya membontoti belakangnya sambil mengimbang2 motorsikalku terus hilang paksi. Daripada menongkat kaki lama di belakang, aku beri signal kanan lalu memotong. Malangnya, aku tiada ruang untuk merapat ke kiri menghampiri papan tanda 'Berhenti' untuk belok ke kiri disebabkan kereta itu. Asal aku berhenti tak lebih garisan putih sudahlah.


Alhamdulillah, lulus KPP02 & KPP03. Namun, aku terkilan pegawai potong markah sewaktu aku tersangkut di belakang kereta tadi. Markah pemakaian helmet dipotong, mungkin sebab aku tanggalkan visor gelap. Markah RPM pun dipotong walaupun aku hafal bulat2 ayat cikgu. Korang cari apa yang kurang dalam RPM yang diajarkan kepadaku:

1)Berdiri di kiri motor. Ucap "Saya [nama] akan memulakan RPM".
2) "Side mirror dalam keadaan baik."
3) "Cermin lampu hadapan dalam keadaan baik."
4) "Cermin lampu signal dlm keadaan baik."
5) "No. plate kenderaan (depan) [no. pendaftaran kenderaan] dalam keadaan baik."
6) Picit tayar dengan cara ibu2 jari berada di muka roda. "Tekanan angin mencukupi. Bunga tayar (depan) dalam keadaan baik."
7) Pusing ke kanan motor. Buka penutup minyak enjin. Ucap "Minyak enjin mencukupi." Kalau ditanya bagaimana menentukan takaran, jawab "Dengan meletakkan tisu."
8) "No. plate kenderaan (belakang) [no. pendaftaran kenderaan] dalam keadaan baik."
9) "Cermin lampu belakang dalam keadaan baik."
10) "Cermin lampu signal dalam keadaan baik."
11) Picit tayar dgn cara ibu2 jari berada di muka roda. "Tekanan angin mencukupi. Bunga tayar (belakang) dalam keadaan baik."
12) Cabut kunci. Test ketegangan rantai motor. Ucap "Rantai motor dalam keadaan baik."
13) Buka seat motor. Ambil roadtax. Ucap "Lesen Kenderaan Motor. Bertarikh ...."
14) Buka penutup minyak. Ucap "Getah penutup dalam keadaan baik. Minyak mencukupi."
15) "Toolbox tiada (jika tiada spanar, dll)". Tutup seat.
16) Cucuk balik kunci bagi ON. Tekan hon. "Bateri dalam keadaan baik."
17) "Sekian. Terima kasih."
18) Angkat tongkat. Gerakkan ke tempat RSM.

Syukur. Lesen motorsikal aku rupanya dikira full. Aku anggap hanya jalani PDL 2 bulan sahaja sebelum pembaharuan. Pembaharuan juga boleh dilakukan di dalam aplikasi ini. Lesen CDL maya akan ditampilkan. Lesen fizikal adalah atas permintaan (+RM5) dan tidak diwajibkan untuk memiliki.

Tidak seperti lesen L, lesen PDL diberi secara maya menerusi sistem JPJ yang boleh diakses menerusi laman sesawang MySikap dan aplikasi MyJPJ. Andai aku terbuka hati untuk mengambil lesen motorsikal lebih awal, sudah tentu aku tidak dapat penjimatan ini.

Dengan peraturan terkini, it's a matter of time untuk apply B full. Btw, aku takde motor pun. Betullah kata orang tu, bayaran lesen aku tak bertambah pun 😜. Sekarang, bolehlah HR hantar aku untuk ambil lesen GDL pula.